Menulis seperti bercakap. Adakah baik untuk penulis?


Masing-masing ada cara tersendiri dalam penulisan.

  ⚫ Ada yang menulis seperti berkias

  ⚫ Ada yang menulis secara santai

  ⚫ Ada yang menulis sangat complicated

  ⚫ Ada yang menulis dengan mudah difahami

Diantara jenis-jenis style penulisan yang ada, mana satukah cara kamu menulis?

Bagi sesiapa yang baru jadi pemula dalam bidang penulisan, kamu pasti rasa sedikit kesulitan dalam menulis dengan baik.

Tapi saya rasa, orang yang dah lama  menulis pun mesti ada dugaannya kan? ( mmm mungkin bergantung pada  mood dan situasi )


Bila kamu menerima satu topik yang tak pernah kamu tulis,  kadangkala tangan kamu susah untuk menerangkan tentang topik tersebut.


Apapun semua bidang dalam penulisan perlu ada pembelajaran. Ada teknik dan cara untuk tingkatkan kemahiran.

Salah satunya ialah.. 
menulis seperti bercakap.

Macam mana cara nak menulis seperti bercakap?

Saya bagi satu contoh,

"Saya tak faham. Kenapa pula boleh tak siap padahal kerja ni bknlah susah sangat. Orang ni x ambil berat langsung pasal tanggungjawab "

So contoh diatas seperti kita sedang bercakap, menerangkan sesuatu perkara tapi kita terangkan dengan perkataan.

Cara penulisan macam ni tidak sesuai untuk dijadikan sebagai bahan bacaan yang kualiti.

Biasanya cara begini lebih sesuai untuk buat diari atau menulis post di facebook sebab penggunaan bahasa tidak termasuk dalam dwibahasa melayu yang betul contohnya x ( bermaksud tak ) atau bkn ( kata singkatan bagi bukan )

Cuma teorinya tetap sama ialah kita memang sedang bercakap tapi menulis.

Jadi kamu semua boleh buat macam ni kan?  Siapa paling rajin main facebook atau layan chat whatsapp, mesti dah biasa susun ayat komunikasi secara spontan.

Yang tinggal hanyalah kamu perlu asah cara penyusunan kata mengikut topik konten yang sesuai. Kalau kamu nak update pasal personal life, rasanya tak perlulah guna bahasa terlalu skema.  Tulis je guna bahasa santai.




Jadi kalau kamu nak buat penulisan seperti bercakap untuk bahagian kualiti konten, 

"Kamu kena banyak membaca! "

Serius.. kalau kamu dengar mana mana tips berkaitan penulisan,  mereka selalu bagi pandangan supaya kita rajin membaca.

Malas membaca? Tak apa, kamu cuba dapatkan pendapat dari kawan atau dapatkan tips macam mana nak rajin membaca. Yang saya tahu, jangan membaca di waktu yang tak sesuai. Memang susah kita nak faham dengan baik nanti.

Selain itu, ambillah masa buat latihan menulis.

Ada lagi beberapa tips nak menulis seperti bercakap. Yang penting kamu kena tekun belajar dan pratikalkan.

Sekiranya kamu dapat kuasai teknik seperti ini, sudah tentu kamu dapat menulis dengan banyak perkataan tanpa stress.

Akan tetapi..

Ada sesetengah pendapat yang tidak menerima dengan cara ini.

Katanya menulis seperti bercakap ini boleh merosakkan minda pembaca kerana mereka akan terbelajar dengan susunan bahasa kata kosa yang tidak betul. 

Mereka beranggapan bila guna teknik menulis seperti bercakap, penulis akan gunakan bahasa pasar atau bahasa yang tidak nampak professional.

Mungkin ada separuh yang begitu.


Tapi bagi saya tak ada masalah. Sesiapa sahaja diberi kebebasan untuk menulis dengan cara tersendiri cuma kita perlu tahu gunakan gaya penulisan yang sesuai mengikut topik yang tertentu.

Orang yang terlibat dalam penulisan di website /blog atau buku, saya nampak banyak yang menulis ikut keselesaan mereka dan cara mereka sendiri. 

Itu bermaksud mereka ada identiti sendiri! 

Kita lihat banyak buku cerita yang dijual sekarang, penulisan mereka berbeza-beza dan mereka semua ada kelainan masing-masing contohnya buku fixi. Dulu saya pernah baca buku hantu "halusinasi". Bahasanya sangat berbeza dengan bahasa dalam buku fixi.

Terus terang saya lebih suka dengan buku fixi walaupun banyak yang menggunakan bahasa spontan dan bahasa bebas. Tapi enjoy dan senang difahami. Jadi masing masing ada citarasa sendiri

Apapun kita semua ada kebebasan dalam gaya penulisan cuma kena bijak, menulis haruslah tengok pada topik yang sesuai.

PS : Orang-orang yang otai dalam blogger, confirm senang je kalau bab menulis. Sebab jiwa tak berhenti menulis. Saya mula faham konsep menulis sebab ikut dari pengalaman saya yang suka buat diari. Yang lainnya, saya rajin baca artikel atau buku. Itu yang dapat melatih saya dalam menulis sedikit demi sedikit. Apa-apapun, semua orang bermula dari bawah macam saya.





18 comments

  1. saya rasa saya dah boleh cam identiti tulisan cf dari tulisan cf kat blog ni..hihihihi...seram tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhehe.. Itu agak luar biasa dan bunyi menyeramkan juga la😂

      Delete
  2. Ya betul tu, semua penulis di blog ada kebebasan menulis. Kdg2 lebih kepada ikut mood atau situasi juga. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.. Itulah lumrah hidup sebagai penulis. Ada musim turun dan naik nak menulis apalagi kena situasi yang buzy.

      Delete
  3. Woww, great article. Salam perkenalan :)

    ReplyDelete
  4. yaya tak pasti identiti tulisan di blog. hihi. Rasanya lebih kepada menulis seperti bercakap, cuma memang elak guna singkatan perkataan yang melampau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya itulah yang penting sis. kadang kita terbiasa menulis post di facebook, guna katakan singkatan. Dulu saya post artikel ada yang saya tak sedar saya letak kata singkatan. Walaupun saya dah baca semula post saya, tapi still terlepas pandang. hehehe

      Delete
  5. Knock2...singgah blogwalking sini ��

    ReplyDelete
  6. Nice blog u have here. Keep on writing sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you girl. Inshaallah. Akan terus menulis :)

      Delete
  7. Replies
    1. Okaylah .. Itu yang lebih mudah nak menulis nanti. Kalau tak santai, memang payah nak taip perkataan

      Delete
  8. Gaya bahasa dan tulisan LZ pula lebih kepada ikut mood dan bercakap kadangkala ikut legal dokumen.. Terbawa-bawa dan harap pembaca boleh faham apa yang LZ cuba sampaikan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul itu yang penting. Semua orang ada style masing2 nak menulis. Macam sis lz , itu kira da balance. Ada separuh yang style macam santai je, tp mungkin kalau bab topik lain, sis tulis cara lebih sesuai

      Delete
  9. KSarie pun tak pasti style penulisan ksarie macam mana. Berangan nak menulis secara kiasan dan puitis tapi memang tak reti. Harapnya penulisan ksarie tak memeningkan dan mudah difahami oleh sesiapa yang terbaca blog ksarie tuh.

    ReplyDelete
  10. Hello! I love this post! Well in my case, saya lebih selesa dgn bahasa yang pembaca mudah faham. Since I blog mostly in English, I take the extra mile to make sure that my word choice is simple and casual with a dash of sophistication! hahaha In a way, I want it to sound like I'm literally talking to the audience and how they read my posts is exactly what I sound like in the real life. And to make sure I sound easy to understand, I would read my posts over and over again until I'm sure it's cool enough for posting!

    ReplyDelete