3 kesan buruk bila bangun pagi terus layan gadget phone



Siapa sini yang layan phone bila bangun pagi?

Majoriti hampir semua orang akan buat macam ni kan? termasuk saya sekali hahaha~

Tapi sesiapa yang tak macam ni, tahniah. Bermakna kamu tahu keseimbangan masa dalam mengatur masa.

Sekarang phone memang dianggap satu keperluan penting. Dimana-mana sahaja, phone akan bersama dengan kita.

Kita tidak akan rasa keberatan untuk pegang phone setiap masa kerana saiz phone sangat fleksibel, kecil dan ringan.

Itulah ada yang sampai bawa kat dalam tandas. Duduk berjam-jam. Rupanya tengah layan social media ..

Begitu juga masa waktu nak tidur atau waktu bangun pagi. Phone mesti ada kat sebelah kita.

Kenapa gadget boleh membawa kesan bahaya pada kita di masa waktu pagi?

PERTAMA

Buat kita jadi rasa tak produktif di waktu pagi

Bila kita bangun pagi, tubuh kita akan rasa refresh dari tidur yang lena.

Tapi sekiranya kamu memilih tugasan utama selepas bangun ialah check phone, disitulah punca kenapa kamu jadi malas nak buat aktiviti kerja yang lain nanti.

Kenapa?

Okay saya nak kongsikan satu cerita ikut dari pengalaman saya. Dan  jawapan ini saya dapat dari adik lelaki saya sendiri ( tak sangka di ambil tahu pasal ni )

Dulu beberapa tahun yang lepas, saya pernah bercerita dengan adik saya. Saya bagitahu yang selalu rasa penat, lemah, mula rasa malas. Padahal tadi pagi saya bangun awal. Makan sarapan pun ada. Siap buat beberapa kerja biasa lagi, contohnya cuci piring. Jadi lepas tu, saya rancang nak mula produktif untuk buat beberapa kerja lain pula. ( masa tu, aktif dalam buat app sendiri )

Terus adik saya tanya,

"Kakak ada layan phone ke masa bangun pagi? Kalau ada itu yang buat kakak rasa malas dan penat dengan cepat." - adik

"Iya, memang kakak ada buka phone juga. Kenapa boleh macam tu ya?" -saya

"Kalau kita main social media ni boleh jadikan kita rasa ketagih. Kita kerap scrolling sebab nak cari post yang menarik. Tapi kakak tahu kan kalau kakak hanya scrolling pun, kita akan rasa nak tengok juga post-post lain contohnya video lucu, gambar lucu, berita hangat pasal viral."

"Jadi kita ni kan baru bangun. Badan kita dah refresh tapi tanpa kita sedar, kita salah masukkan info yang begitu banyak pada kepala kita. Di social media, ada banyak maklumat yang dikongsi. Kalau makin kerap scrolling, itu yang otak jadi penat. Kemudian kita pun jadi malas."

Saya pun terfikir..

"Amboi pintar sungguh adik aku ni. Tapi memang betullah apa yang dia cakap."

Saya ada cuba tak sentuh social media disebelah pagi. Bila bangun, saya cuma ambil phone dan terus dengar lagu. Baru buat rutin pagi macam biasa. Saya rasa memang berkesan. Saya nampak lebih bertenaga.

Cuma untuk nak konsisten tu, memang ada masalah. Manusia, habit pandai datang balik. Bila terpegang phone waktu bangun pagi, niat mesti akan terpesong  xD




KEDUA

Boleh ada masalah social media anxiety disorder.

Apa itu anxiety disorder?

Secara ringkasan, ia adalah perasaan cemas yang berlebihan hingga dapat menjejaskan kesihatan mental pada diri kita.

Kenapa kamu boleh dapat serangan anxiety hanya melalui phone tanpa kita sedar?

Sebab kamu ada perasaan cemas bila kamu tidak dengar bunyi noffication phone dari mana mana social media.

Kamu cepat berasa rungsing bila kamu tak dapat feedback balas dari orang lain dengan apa yang kamu post. Kamu sangat berharap untuk mendapat like, mendapat komen.

Ada sesetengah orang yang boleh jadi ketagih dengan situasi macam ni. Sebab itu boleh berlakunya ada yang jadi nomophobia.

Boleh jadi, kamu juga akan ada rasa sedih yang teruk bila dapat kecaman dari komen orang lain. Itu pun boleh menjejaskan masalah kesihatan mental kamu.

Jadi lebih baik, seimbangkan pengunaan phone dan carilah masa yang sesuai bila nak layan gadget phone. Kita juga tahu, social media ada yang baik dan buruk dalan hidup kita. Tapi waktu pagi adalah sesuai untuk kita buat rutin sihat.


KETIGA

Banyak makan masa tanpa kita sedar

Sesiapa yang ada masalah scrolling facebook terlalu lama, itulah masalah rutin pagi untuk diri kita.

Saya pernah alami dulu. Baru bangun terus scrolling dan scrolling. Mungkin saya tercari cari benda menarik kat facebook contohnya memes, video lucu, video kucing dan lain-lain. Benda ni memang boleh buat saya rasa gembira. Tapi sebenarnya cara ini masih bawa kesan buruk pada musim pagi kita.

Salah satunya : macam penerangan pertama dan kedua diatas.

Satu lagi : kamu akan leka dengan masa.

Kadang kita tak sedar. Bila kita tengah layan scrolling facebook atau instagram, tengok masa dah makan banyak waktu. Sebab kita asyik dengan dunia phone. Disanalah baru kita terburu-buru nak bersiap pergi mandi.

Bersiap nak makan pagi. Tapi ada juga yang sampai tak jadi makan sarapan.

Ada pula yang terlambat nak pergi sekolah atau pergi kerja.

Jadi kita nampak betapa besarnya kesan buruk kalau kita terlalu biasakan diri dengan menghadap phone sebelah pagi.

Ps: Apa pandangan korang? Mungkin ada yang tak ada masalah kalau layan gadget waktu pagi.

8 comments

  1. Pagi memang capai phone dulu sbb nak stop alarm. Seterusnya urus yg perlu didahulukan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okaylah kalau macam tu. So rutin harian pun senang nak buat. Tak ada rasa keberatan ~

      Delete
  2. What a nice sharing!! ^^ heheh macam semua betul ja... .:3
    .
    btw,thank you sudi follow blog saya :)

    ReplyDelete
  3. Saya la tu yg bangun pagi scroll phone dulu..haha. Tak sangka pulak ya bole menjerumus ke dalam kemalasan dan kelesuan gituuu. Tapi memang kadang2 bole rasa hidup ni dah kenape asyik scroll2 je..bukan ade ape kat FB n IG tu. Macam da jadi kewajipan pulak nak scroll2. Bila da rasa macam terpengaruh sangat tu, cepat2 tinggalkan phone sementara masih sedar diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baguslah kalau sis control. Dulu saya pun ada masalah scroll awal2 pg, tapi skg kurg da. Paling pun, yang saya akan buat..just tgk blogger, insta, fb check kejap je. Yg lain skip. kalau jadikan habit scrolling, payah. Byk kesan pada otak dan diri kita. Yg pnting pandai balance.

      Delete
  4. LZ pun sama bangun pagi terus capai phone check WhatsApp sebab bimbang ada text emergency dari family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu okaylah. Kalau isu2 emergency, jangan pula tak tengok fon. Bahaya. Mana tau ada perkara penting g tahu. Asal jangan terjebak scrolling, mmg x berhenti sis.😂

      Delete