3 cara nak tingkatkan skill kemahiran sendiri



Apa kemahiran yang kamu cuba nak tingkatkan jadi lebih baik?

Mungkin kamu minat dalam...

Memasak

Atau

Jadi penulis yang hebat,

Atau

Pemain gitar yang power,

Atau

Pemain suduko yang expert dan lain-lain.

Semua bentuk skill kemahiran ini perlu dilakukan dengan beberapa teknik supaya bakat dapat diasah dengan lebih baik.

Bukannya kamu hanya cakap nak jadi pemasak yang hebat tapi kamu tak pernah pun nak buat praktikal dan belajar memasak dengan bersungguh-sungguh.

Mula-mula je kamu rasa teruja nak buat apa yang kamu nak,

Dan kamu pun belajar beberapa resepi asas..

Tapi selang beberapa kemudian kamu kurang atau berhenti dah buat latihan untuk memasak.

Sama ada kamu give up, malas ataupun ada beberapa sebab lain yang kamu tak dapat elak.

kalau kita betul-betul mahu expert dalam sesuatu kemahiran, kamu mesti sanggup cari jalan untuk terus belajar. Walaupun kamu ada banyak kekangan masa atau situasi. Sebaiknya pilihlah masa yang sesuai ~)

Kalau kamu ada sikap seperti ini, macam mana nak expert? Macam mana nak mahir dalam skill kemahiran yang kamu mahu? memang tiada peningkatanlah kalau kamu berhenti.

Jadi kali ini kamu perlu letak satu

"Keinginan yang kuat"

Sekarang mari kita lakukan beberapa perkara penting.

PERTAMA : PILIH SKILL KEMAHIRAN YANG TEPAT UNTUK DIRI KAMU

Apa yang kamu nak cungkil bakat sendiri? Banyak?

Okay, sekarang senaraikan semua perkara yang kamu pilih. Tulislah beberapa benda yang kamu teringin sangat nak belajar nanti.

Fikir dengan betul-betul. Kamu nak pilih kemahiran apa ?

Contoh :

kamu ada 4 pilihan

 ⚫ Memasak

  ⚫ Menulis novel

  ⚫ Photography

  ⚫ Main gitar sambil menyanyi

Yang sebaiknya, kamu pilihlah salah satu kemahiran yang betul-betul bermanfaat untuk diri kamu. Hanya satu!

Kemudian barulah kamu tulis satu penyataan berkaitan kenapa kamu pilih kemahiran itu.

Contoh, tulis dalan satu kertas.


saya pilih "_____" Sebab... (nyatakan beberapa sebab dan huraikan beberapa patah perkataan supaya kita dapat point yang kuat untuk kita terus bersemangat nak asah kemahiran tersebut.)

Setiap hari, jadikan perkataan ini sebagai peringatan supaya kamu tak putus asa.

Kejap, dalam fikiran kamu mesti ada rasa macam nak buat semuanya kan..?

Its okay, saya faham..

Sebab dulu saya pun pernah terfikir macam ni. Saya kongsi sikit cerita pasal saya kat kamu.

Dulu, ada 3 perkara yang saya nak belajar tahun lepas.

  ⚫ Buat aplikasi simple di google play

  ⚫ Blogger

  ⚫ Buat youtube

Antara 3 pilihan diatas, benda yang betul-betul saya nak belajar ialah making application google play.

Bermula dengan niat hanya suka-suka untuk mencuba. Lama-kelamaan saya rasa ketagih nak belajar benda ni. Cuma memang serabut fikiranlah XD

Tapi dalam masa yang sama, saya terfikir nak berblogging juga. Nampak tak tu? Saya nak juga belajar buat 2 benda. Apa yang jadi dengan tindakan saya macam ni, semua tak balance.

Akhirnya, saya anggap berblogging hanya sebagai hobi, hanya untuk baca blogger kekawan dan share pasal pengalaman saya dalam buat application.

Memandangkan belajar aplikasi sangat mencabar dan perlukan banyak perah otak dengan proses benda baru, kena lagi dengan situasi saya yang tak sesuai (kesihatan), saya terpaksa tangguh buat app lagi. ( padahal saya sangat minat nak belajar :'( )

Akhirnya saya kena buat satu pilihan betul. Lihat pada situasi saya, saya rasa berblogginglah yang sesuai dengan diri saya sekarang. lagipun sayang... kalau saya tak cungkil bidang penulisan. Sia-sa dengan penulisan saya buat sebelum ini.

Jadi pada korang, pilihlah dengan betul-betul.

Walaupun kamu hanya pilih satu pilihan sahaja tapi kalau kamu senaraikan apa yang perlu kamu buat, 

Banyak cabang yang kamu kena fokus. Contoh buat blogger..

Mana mahu fikir buat penulisan, belajar buat design template, seo, marketing dan macam-macam lagi

Jadi janganlah serabutkan fikiran kamu..

KEDUA : MULA BUAT RUTIN HARIAN UNTUK DIPRAKTIKKAN SECARA KONSISTEN.

Sesiapa yang dapat biasakan diri untuk jadi orang yang konsisten setiap masa, percayalah..

Sikap inilah yang dapat meningkatkan kemahiran kamu dari sedikit demi sedikit hingga menjadi expert !

Ia sama seperti sistem pembelajaran kita di waktu kecil-kecil dulu. Mula-mula kita tak tahu baca abc, kita tak kenal dan tak tahu menulis abc. Tapi hasil dari pembelajaran kita secara konsisten samaada di sekolah atau dirumah,


Dari kita tak tahu apa itu abc,

belajar dan belajar secara konsisten,

kita jadi kenal malah hafal huruf abc.

Dari kita tak pandai menulis abc,

belajar dan belajar secara konsisten, 

Kita boleh menulis.

Mula-mula tulisan tak lawa. Lama-kelamaan makin cantik dan kemas.




Jadi proses ini sama juga dengan macam mana kita nak tingkatkan kemahiran bakat kita sendiri.

Nak pandai main gitar? kenalah kerap untuk bermain gitar setiap hari.

Mula-mula bunyi sumbang, suara pula ke laut, tak ikut tune bunyi gitar..

Lama-lama bunyi gitar makin merdu, harmoni, suara pula power, pandai kawal penafasan masa menyanyi, suara kena dengan gitar.

Sikap konsisten mungkin agak susah nak dilakukan. Kalau kamu tak tahu macam mana nak konsisten, macam mana nak ada sikap konsisten, belajarlah lakukan hal perkara yang mudah dulu. Kamu cuba dapatkan cara macam mana nak jadi konsisten untuk diri kamu.

KETIGA : MULAKAN DENGAN LANGKAH YANG MUDAH DULU .

Small step!

Saya suka perkataan ini!

Perkataan yang pendek dan ringkas tapi inilah kunci utama saya kalau nak belajar benda baru atau belajar skill kemahiran baru. Bermula dari kosong sampailah saya boleh buat benda tu tanpa saya jangka!

Jadi buatlah dengan langkah mudah dulu.

Kenapa?

Semua proses pembelajaran hasil dari benda yang mudah. kemudian barulah perlahan-lahan kita belajar untuk ke tahap yang lebih susah.

Walaupun kecil tapi lama-lama jadi bukit. 

Walaupun buat perkara kecil tapi kamu dapat buat dengan konsisten sebab kamu dah biasa dengan hal yang selalu dipraktikkan.

Walaupun kamu masih dari gerakan langkah perlahan tapi kamu dapat kuasai kemahiran mudah dengan lebih expert.

Orang yang tidak mengikut peraturan dalam sistem belajar dan lebih suka tergesa-gesa nak buat benda yang terus ke tahap level tinggi akan menghadapi masalah nanti. 



Apa yang penting, semuanya dari cara kita sendiri.

Kamu betul-betul nak jadi orang pandai memasak?

Kalau iya, jangan tunggu lama-lama. Cuba kuasai semua sikap diatas.

Belajar untuk tentukan kemahuan kamu,

belajar untuk konsisten,


Dan belajarlah buat perkara dari kecil dulu.


Jangan terburu-buru ya.

PS : motivasi diri sangat penting pada diri sendiri. Jadi apa yang kamu buat, buatlah dengan penuh bersungguh-sungguh. Bila kamu tengah belajar nak tingkatkan skill kemahiran kamu, buatlah dengan mood rasa excited. Kalau tak, mood akan jadi rasa malas dan down dengan cepat.

11 comments

  1. Wahh ,, Good sharing and gives me a lot of motivation to improve my skills on something. sy paling suka baca entry mcm nie.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih girl. Hope kamu dapat tingkat kemahiran yang kamu sedang usahakan. Amin :)

      Delete
  2. I think being consistent if very hard. We have to keep pushing ourselves on days that we don't feel like doing anything.

    ReplyDelete
    Replies
    1. True, consistent isnt easy. That why we need learn from the basic. Before start to focus of what u want to improve your skill, we need to focus on ourself too

      Delete
  3. nak konsisten tu la yang paling susah sebenarnya..tapi kena cuba jugak. kalau tak, sampai bila-bila lah kita tak akan berjaya capai apa yang kita nak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, itulah. Saya pun sedang usaha untuk konsisten. Memamg bukan senang, kadang masih ada sikap menangguh. Semua mmg perlu proses belajar latihkan diri

      Delete
  4. buat sesuatau based on our passion inshaAllah kejayaan besar akan menanti di hadapan

    ReplyDelete
  5. Nak mulakan langkah tu lagi mudah daripada nak kekalkan apa yang kita sudah mulakan. Niat di hati tu memang dah ada tapi disebabkan komitmen yang lebih penting, kadang-kadang terpaksa lupakan seketika benda baru yang nak dipelajari.

    ReplyDelete
  6. Fifie, bestnya blog awak ni... Byk info berguna dan penulisan yg bagi inspirasi.. Saya akan jadi peminat setia kat sini :-)

    ReplyDelete
  7. Good info! Sekarang saya tengah belajar memandu balik (sebab dah lama tak drive) memang skil pun dah balik ke zaman lepas spm yang tak reti memandu dulu, sekarang tengah merangkak perlahan-lahan untuk memandu balik huhu

    ReplyDelete