#20 Tak sangka adsense terima blog saya dengan cepat


Adakah ini kira satu hadiah terbaik untuk hari bersejarah dalam hidup saya juga? Mean birthday..

Omg, allahamdullilah ..

Kejap-kejap. saya tarik nafas, hembus nafas..

Rasa jantung berdegup-degup. Tangan pula mengigil. Perasaan excited dan gembira sangat.. Syukur. !

Benda ni saya tak expect tinggiSebab saya baru join dalam dunia blogging ni baru awal bulan januari

Boleh nampak artikel saya taklah banyak mana. Saya aktif dalam dunia blogging dulu pun tapi artikel hanya beberapa cebisan je.

Tapi allahamdullilah.. Ini sangat-sangat buat saya rasa bersyukur :'D.

Alkisah semalam saya tak sangka my family belanja makan di restoran upperstar dan ada buat kejutan tiup lilin cake. My mom ada bagi bagi beg comel kat saya. Auww thanks mom  :') 

Padahal sebenarnya saya kurang sihat. Kena lagi sakit ulser, panas dalam. Tapi saya tetap kuatkan hati untuk celebrate dengan mereka.

tiba-tiba ada suprise baru pula hari ni..

Hadiah mahal dari google. !


Okay ini cerita semalam. ( Rasanya sebelum saya pergi jalan dengan family. )

Tiba-tiba saya rasa nak tengok perkembangan tentang adsense untuk aplikasi yang saya buat dulu.

Ad mob ia sejenis adsense tapi untuk mobile fon pada siapa yang buat aplikasi )

Allahamdullilah, ada jugalah dapat income dari adsense. Taklah banyak mana sebab masa saya buat app dulu, saya masih lemah dalam marketing. Kena lagi tahun lepas tahun mencabar. Mmm~

So saya tiba-tiba terfikir..

Apa kata saya cuba pasang adsense kat blog.

Mmm jadi saya pun cuba.

Sebelum tu ,saya tengok kat artikel saya. Semua ada 45 artikel sahaja. 

Mmm bolehkah ni?

Kualiti konten saya hanya beberapa je.

Tapi ntah kenapa hati saya tergerak nak cuba juga semalam. 


Okay saya pun mula aktifkan adsense di blog.

Notice diberitahu : google adsense akan bagi keputusan dalam 3 hari.

Malam itu, saya ada 2 fikiran.

Satu : kalaulah adsense tak approve, its okay. Bukan rezeki. Mungkin terlalu awal saya pasang adsense ni di blog. Inshaallah saya akan cuba buat beberapa konten yang kualiti.

Dua : kalau google terima, mashaallah !  Saya sangat-sangat terkejut ! Itu memang big suprise. 

Tapi dalam hati saya, saya tak terfikir atau berharap tinggi dengan keputusan yang nombor 2. 

Saya cuma fikir macam mana nak..

Menulis secara konsisten dan buat kualiti konten dengan baik. Updatekan blog. Cuba aktifkan diri dalam blogwalking.

Alkisah pada petang tadi. Saya baru buka email dari google around jam 6 petang.

Dan bila saya baca je baris pertama

"GOOGLE ADSENSE : Your Adsense upgrade application is now approve"

Omg perasaan saya tak putus kata "allahamdullillah 3x.."

Terus saya buka blog. Rupanya adsense dah pasang secara automatik ! Di side bar, macam ada 4, then dibawah ada satu. ( Banyak juga. Padahal saya tak adjust pun, saya just letak copy paste link dari adsense)

Hahahah mungkin saya kebaruan !  


Apa-apapun syukur!

Saya anggap ini macam satu present paling the best untuk birthday saya tahun 2019~

Ni yang semangat nak menulis ni. Hehehe.

Anyway saya rasakan mungkin ada beberapa sebab kena mereka terima blog saya. Bukan sebab saya aktif ad mob. Dulu saya pernah try pasang adsense tapi tak dapat juga.

Saya rasa semua ini sebab saya ada buat searching bacaan dan belajar untuk fahami dari mana-mana website, macam mana nak dapatkan approve dari google.

Mungkin itulah teknik mudah yang jadikan blog saya dapat diterima adsense dengan cepat!

Inshaallah, ada masa nanti..

Saya akan buat satu artikel dan kongsi tips dengan korang tentang hal ni.

PS : Nampaknya saya kena belajar lagi dengan beberapa perkara penting pasal google adsense. Dan harap saya terus konsisten update artikel.

Moga kawan-kawan blogger yang belum dapat adsense, inshaallah. Korang pasti dapat juga. Jangan putus asa~!

20 comments

  1. Tahniah, Fie. Rezeki di tahun baru nampaknya. Saya baru mula blogging Oktober tahun lepas & masih menanti masa yang sesuai untuk apply Google Adsense. Bila saya tengok kat senarai syarat, usia blog mesti sekurang-kurangnya 6 bulan. Tak sabar nak baca perkongsian Fie tentang Google Adsense, mana tahu boleh guna tips tu untuk mohon nanti. Semoga Fie tetap konsisten berblogging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you jannah. Mmm mungkin itu juga salah satu syarat kenapa adsense approve. Tapi ada yang sampai 3 bulan, blh da skg. Kalau tak silaplah. Apa2pun inshaallah. Nanti saya kongsi kan dengan korang :)

      Delete
  2. alhamdulillah. Tahniah! keep going

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..tahniah cf...kebelakangan ni banyak juga bantu kawan2 blogger lain untuk dapatkan adsense..tapi tak ramai yang updat secara konsisten..tu yang susah nak approved

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. allahamdullilah rezeki. tak sangka juga yang blog saya dapat approve dari adsense tapi syukur~. Mungkin betul jugalah. Sebab tak konsisten pun blh slh satu sebab kenapa susah nak dapat adsense. Saya mmg tak nafi, dulu saya pernah nak try pasang adsense tahun lepas tapi tak dpt. Tapi mmg niat saya nak blog hanya suka-suka.. huhuhu

      Delete
  4. maknanya lps ni kenalah rajin2 update blog ya ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshallah ..Harap terus consistent. Thank you :)

      Delete
  5. Tahniah.. Saya pun x pasti mcm mana nak semak income google adsense sekarang ni. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Just check sign in kat adsense, bukankah? Hehehe Anyway thanks :)

      Delete
  6. First of all, happy belated birthday. Hope you'll have a great year ahead :)

    Secondly, congratulations on getting approved! Memang rezeki sangat dipermudahkan untuk di-approved by Google :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin, moga-mogaan ada rezeki yang lainnya juga. May god bless u :)

      Delete