#19 Musim perayaan buat kaum orang cina
Monday, 4 February 2019
Kalau semalam ialah hari bersejarah untuk saya, hari ini pula hari perayaan tahun baru buat kaum cina.
Buat mereka yang menyambut perayaan hari ini,
Saya ingin ucapkan selamat tahun baru cina.
Mesti meriahkan suasana untuk hari ni. Semua orang akan bersedia untuk berkunjung dari rumah ke rumah saudara.
Dan perayaan ini, mesti disukai oleh kanak-kanak atau remaja.
Kenapa?
Dapat angpau .. Hehehe
Siapa tak gembira kalau dapat sampul merah kecil dari tuan rumah. Dah dapat banyak kumpul angpau, boleh boleh beli macam-macam.
Kadangkala, angpau itu disimpan untuk duit tabungan
Tapi kalau saya dulu, dapat angpau dan separuh duit, beli makanan ringan banyak-banyak. Hehehe masih budak-budak kan~
Yang menarik nya, semua orang yang rajin datang berkunjung ke rumah akan dapat buah limau. Ada yang bagi dalam dua atau tiga biji. Atau ada yang baik hati, bagi satu kotak limau.
My mom selalu dapat limau free dari office. Kadang bawa berkotak kotak dulu.
Oh ya, kadang musim perayaan ni ada yang banyak buat persembahan singa. Tak kiralah dirumah orang yang menyambut tahun baru cina ataupun di mall.
Kanak-kanak mesti suka tengok persembahan singa. :D
Apa-apapun semoga nikmati hari perayaan. Moga jauh dari sebarang bahaya semasa memandu dijalan raya.
Sekarang kira musim percutian. Sudah pasti ada sesetengah orang yang akan keluar berjalan-jalan ke mall.
PS : korang macam mana? Ada tak yang pergi menyambut raya di rumah kawan sendiri atau kawan pejabat?
Atau kamu sama macam saya, duduk melepak kat dalam rumah je. Hehehe
loading..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hahaaa... duduk dirumah je dik. Malas nak jejalan, lagipun cuaca mendung dan sekejap2 hujan. Slmt bercuti 😊
ReplyDeleteSama la sis. melayan kucing, melayan lagu.. singgah2 blog jap. Hehehe selamat bercuti juga, ~
DeleteMelepak je kat umah ni sambil belek2 blog cf..hahahah
ReplyDeleteHahahha amboi~ pancingan kah tu sis? XD
DeleteSelalunya memang melepak di rumah je sambil menunggu tetamu datang😂
ReplyDeleteKamu celebrate tahun baru cina ke ? heheheh apa2pun selamat tahun baru cina
DeleteYa, Fie. Saya celebrate tahun baru cina juga.
Deletesy ddk rumah je sbb skt perut ya amat...
ReplyDeleteHepy CNY kepada yg menanyambut :)
ReplyDelete