#17 Hidup ini umpama puzzle


Hidup ini puzzle..
Ada yang puzzle easy,
Ada yang puzzle normal,
Ada yang puzzle hard.

Dan manusia beragam jenis 
berdasarkan kelebihan dan kelemahan.
Diuji dengan puzzle yang berbeza-beza.
Tapi setiap jenis puzzle punya 
keistemewaan yang berlimit atau tahap tinggi.

Sebesar mana bahagia, sebesar mana sakit.
Puzzle dapat ditemui melalui ujian dan solusi.
Kadang gagah dengan rapi, Kadang rebah tersumgkur mati.


Kadang berdepan secara terangan, 
kadang berdepan secara sembunyi.
Kata kunci banyak dimana, 
tapi jumpa kunci pertama bukan semestinya betul.


Kerana dunia mahu mengajar dan menyedar.
Apa yang betul dan apa yang salah.
Apa yang kuat dan apa yang lemah.


Mencari kunci kadang berteman,
Tapi kadang juga berseorangan.
Dan sebetulnya jumpa benda yang tepat akan
 temui kunci yang betul agar puzzle dapat 
dibuka dan menjawab semua soalan yang misteri.


Jika diduga dengan perit, jika tiada siapa,
tuhan mendangar kumat kamit dihati manusia.
Ajaib terjadi pada siapa yang mencarinya dengan usaha. Berhenti berharap pada lain, 
tapi berharap pada diri sendiri dan juga berharap dengan-Nya.


Realiti semua puzzle kehidupan ada banyak soalan yang perlu dijawab melalui gerakan usaha.
Jangan risau, yang lebih nampak, tuhan.
Beruntung bagi mereka jatuh berkali-kali, tapi kerap kali meletak harapan tinggi dan tepat iaitu Tuhan.

Patut sedar, nikmat akan datang dan ditarik balik. Bersyukurlah segala ada nikmati rezeki yang ada.
Bersyukurlah segala ada nikmati kesihatan yang baik. Bagi tak sihat, keep struggle untuk cari penawar. 
Barulah dapat kunci dan buka semua pintu-pintu cahaya.

Tapi ingat...
Seterusnya akan ada lagi pintu puzzle baru,
 dan ada lagi dan lagi..
Kenapa?
Dunia dicipta penuh puzzle
 hingga tamat permainan yang ditetapkan

- Cf -

22 october 2018

PS : Kehidupan kita akan selalu dikhabarkan dengan ujian yang akan datang tanpa henti. Tapi sebenarnya hidup ini umpama puzzle. kita kena solvekan beberapa misteri kehidupan dan kita perlu rungkaikan dengan beberapa jawapan yang tepat. Yang pastinya, kita kena cari kunci kehidupan yang betul. Barulah sedikit demi sedikit, kita dapat nikmat kebahagiaan. 

2 comments

  1. Semoga kita semua sentiasa tabah dalam menghadapi semua dugaan dalam hidup. Setiap ujian itu pasti ada hikmahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inshaallah jannah. Moga kita semua diberi ketabahan. Sebenarnya Poem ni lama da buat dan letak kat insta story. :)

      Delete