#16 Kenapa movie the secret life of walter mitty masih No.1 bagi saya?


Sekarang banyak dah movie yang power dan mantap! 

Dan saya sebagai penonton movie, ada beberapa movie lain pun saya masih boleh bagi ranking 7-10 / 10. Dan ada juga yang ranking 7 kebawah.

Cara saya menilai movie tidaklah sehebat pencinta movie yang lain. Saya ada ikut satu group fb movie addicted, Saya nampak mereka sangat detail dan profesional dalam beri pandangan tentang review pasal movie.

Tapi cara saya pula, saya hanya pandang pada sudut apa yang kena dengan jiwa saya samaada cerita itu bawa kesan pada emosi saya ataupun apa yang buat saya rasa amazing dengan beberapa perkara. Contohnya , saya fokus pada mesej jalan cerita ataupun fokus pada scene yang unik atau menarik

Tapi kalau masa kecil-kecil dulu, saya tak fokus itu. Yang saya fokus ialah pelakon dia.

Pelakon lelaki dia hensem ke tak?


Pelakon perempuan dia cantik ke tak?


Kalau tak, mood saya hilang nak tengok movie tu.
😂

Itu dululah. Tapi semenjak diri ini makin dewasa, saya tak pandang movie dengan cara macam tu dah.

Saya ni boleh dikatakan kaki movie jugalah. Sebab beberapa tahun yang lepas dulu, saya memang paling aktif dalam up to date tengok movie kat pawagam. Kadang saya tengok movie ada teman, kadang tu saya biasa tengok movie solo-solo.

Jadi berkaitan dengan movie ni, kenapa movie "the life of walter mitty", saya masih letak carta nombor 1 dihati saya?




Sebab yang paling jelas ialah : 

PERTAMA
movie ini berjaya buat saya jadi orang yang deeply thinking dan berjaya bawa kesan pada emosi saya yang saya tak boleh sampai sekarang.

Setiap kali kalau saya tengok movie ni lagi.. Perasaan saya masih tak berubah. Kadang saya mesti rasa nak menangis.~

KEDUA
saya kagum dengan cerita perjalanan hidup mitty.

KETIGA
Saya kagum dengan watak mitty.

KEEMPAT
Semua lagu dan sountrack dia best.

KELIMA
Scene pengambaran sangat AMAZING!

KEENAM
Imaginasi. (mengingatkan saya peristiwa yang ada kaitan dengan lepas.)

KETUJUH
Movie ni buat saya terbuka mata nak tengok dunia lain, travel.

KELAPAN
Movie ini masih berikan saya satu perasaan yang saya tak dapat lupa. Dan saya masih dapat rasakan movie ini macam baru keluar. Padahal banyak kali dah tengok.

Sebenarnya saya nak bagi penerangan lebih detail tapi tak apalah. Ringkasan pun cukuplah. Takut saya tulis panjang sangat macam menulis cerpen. Hehehe

Mungkin ada sesetengah orang yang kata "bosan" atau "biasa sahaja" pada movie ini, tapi bagi saya.. Movie ini tetap pertama di hati saya, cewah! Saya tengah tunggu movie baru kalau ada yang boleh replace dengan movie ini.Nampaknya belum ada !

Well, mungkin. kenapa special sangat? Sebab movie ini ada kaitan dengan jiwa, situasi dan sejarah hidup dulu.( tapi tiada related dengan kisah travellah 😅)

Ps : lama tak update post. Tiba-tiba pula saya buka cerita pasal movie. Hehehe.

korang pula macam mana? Apa movie favourite yang kamu tak dapat lupa? Dan kalau kamu tengok ulang-ulang pun, kamu masih rasa itulah movie yang palimg terbaik bagi kamu.

1 comment

  1. Ramai orang kata movie ni best tapi ksarie tak berkesempatan lagi nak tengok movie ni walaupun dah lama ada dalam external hard disc tuh. Nak cuba tengok movie ni pada tahun 2019 ni

    ReplyDelete