Melihat dunia penuh berusia,
Kian hari kian berubah,
Rupa bentuk wajah dibumi,
Makin suram warna kehijauan.
Dari bentuk bumi ke isi dalaman bumi,
Kecil manusia pelbagai ragam,
Zaman ke zaman ada perubahan,
Kadang akal terbang ke langit tinggi.
Sukar diramal ilusi hati,
Nampak terang wajah tapi gelap di jiwa,
Nampak gelap wajah tapi terang di jiwa,
Seakan makhluk bahan teka teki.
Malang tak terkata hakikat dunia,
Akal lebih pada penglihatan,
Tanpa kaji dengan teliti,
Lempar kata semburkan lebih api.
Mana pergi cahaya murni,
Kenapa gelap diraih bahagia,
Mana pergi jiwa murni,
Kenapa berjuang lebih emosi.
Emosi gelap yang makin menjadi raja.
-CF-
PS : Disebalik cerita dunia yang kita nampak penuh kegembiraan, penuh kemewahan tapi disebalik cerita dunia penuh drama. Penuh dengan jenis topeng yang diguna hingga sukar diramal. Mana satu cahaya, mana satu gelap.
Kenapa?
Banyak tindak tanduk manusia berubah mengikut emosi tanpa kawalan.
Kenapa?
Leka dan alpa...
bila emosi mengatasi kewarasan fikiran....
ReplyDeleteSemua jadi tak betul.. ~
DeleteDunia semakin tenat dengan perangai manusia yang semakin mundur walau teknologi semakin maju.
ReplyDeleteItulah.. Makin maju, makin banyak kes. Makin x maju, susah nak maju. Ntah mana satu. Semua dari diri sendiri. :(
DeleteNice poem. Long time didn't read Malay poems. Now I need to learn my BM again, teaching my kids the language. Lol.
ReplyDeleteHahaha. . Too early teach children in bahasa melayu use a poem. because poem to much have simbolic word. Or ayat terbalik 😂😂
Deleteyour words...suka sgt baca..keep writing okay..psstt follow you back
ReplyDeleteThank u girl. . And thanks follow ye :)
Deletenice dik.... puitis...
ReplyDeletemanusia Zmn skrg kadang menggila, setakat kes buang bayi tu bukan benda pelik... sbb kes dera sampai mati dh banyak dh, kes bunuh org dh mcm kes biasa... mmg manusia skrg dh pelik
Macam2 dah sekarang sis. Itulah, susah kita nak ramal, susah kita nak bendung.. Dari hari ke hari, ada je berita macam sis ckp tu😢
DeletePuisi yang ohsem.. manusia semakin hanyut dan lupa diri..
ReplyDeleteThank you sis 😊
Deletejadi ingat sinetron dunia terbalik
ReplyDeletesi wanita kerja
suami memasak di rumah
Hehehe boleh jadi begitu juga 😂😂
Deletepuisi yang penuh maksud tersirat ni..
ReplyDeletehehehe iya sis ~
Deletedone follow juga #212
ReplyDeleteOkay girl :)
Delete