#11 PUISI BEBAS : DUNIA TERBALIK



Melihat dunia penuh berusia, 
Kian hari kian berubah, 
Rupa bentuk wajah dibumi,
Makin suram warna kehijauan. 

Dari bentuk bumi ke isi dalaman bumi, 
Kecil manusia pelbagai ragam, 
Zaman ke zaman ada perubahan, 
Kadang akal terbang ke langit tinggi.


Sukar diramal ilusi hati, 
Nampak terang wajah tapi gelap di jiwa, 
Nampak gelap wajah tapi terang  di jiwa, 
Seakan makhluk bahan teka teki.

Malang tak terkata hakikat dunia, 
Akal lebih pada penglihatan, 
Tanpa kaji dengan teliti, 
Lempar kata semburkan lebih api.


Mana pergi cahaya murni, 
Kenapa gelap diraih bahagia, 
Mana pergi jiwa murni, 
Kenapa berjuang lebih emosi.
Emosi gelap yang makin menjadi raja.

-CF-

PS : Disebalik cerita dunia yang kita nampak penuh kegembiraan, penuh kemewahan tapi disebalik cerita dunia penuh drama. Penuh dengan jenis topeng yang diguna hingga sukar diramal. Mana satu cahaya, mana satu gelap.

Kenapa?

Banyak tindak tanduk manusia berubah mengikut emosi tanpa kawalan.

Kenapa?

Leka dan alpa...







18 comments

  1. bila emosi mengatasi kewarasan fikiran....

    ReplyDelete
  2. Dunia semakin tenat dengan perangai manusia yang semakin mundur walau teknologi semakin maju.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. Makin maju, makin banyak kes. Makin x maju, susah nak maju. Ntah mana satu. Semua dari diri sendiri. :(

      Delete
  3. Nice poem. Long time didn't read Malay poems. Now I need to learn my BM again, teaching my kids the language. Lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. . Too early teach children in bahasa melayu use a poem. because poem to much have simbolic word. Or ayat terbalik 😂😂

      Delete
  4. your words...suka sgt baca..keep writing okay..psstt follow you back

    ReplyDelete
  5. nice dik.... puitis...

    manusia Zmn skrg kadang menggila, setakat kes buang bayi tu bukan benda pelik... sbb kes dera sampai mati dh banyak dh, kes bunuh org dh mcm kes biasa... mmg manusia skrg dh pelik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam2 dah sekarang sis. Itulah, susah kita nak ramal, susah kita nak bendung.. Dari hari ke hari, ada je berita macam sis ckp tu😢

      Delete
  6. Puisi yang ohsem.. manusia semakin hanyut dan lupa diri..

    ReplyDelete
  7. jadi ingat sinetron dunia terbalik
    si wanita kerja
    suami memasak di rumah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe boleh jadi begitu juga 😂😂

      Delete
  8. puisi yang penuh maksud tersirat ni..

    ReplyDelete