Bagi mereka yang sedang kecewa, kamu masih ada peluang untuk gembira



Hidup memang menyakitkan tapi jangan terlalu lama untuk rasa kecewa.

Semua orang ada peristiwa yang mengecewakan. Kadang kamu rasa hidup kamu seperti tidak ada makna lagi. 

Ujian demi ujian sering datang tanpa henti. 

Kamu berusaha untuk sanggup berdepan dengan pelbagai cabaran tapi lama kelamaan,  kamu penat.  Kamu makin dihantui dengan rasa kecewa. 

Tiap malam,  kamu selalu berendam dengan air mata.  Kadang kamu rasa tidak mampu lagi untuk cari jalan apa yang harus dilakukan. Tapi emosi yang sering datang ingin menguasai diri kamu hingga kamu betul-betul rasa penat , letih, sakit!

Dan kamu mula bertanya pada tuhan :

Yaallah kenapa saya diuji macam ni? 

Yaallah kenapa hidup saya begini? 


Yaallah kenapa dia tidak pernah setia dengan saya?


Yaallah kenapa saya gagal lagi padahal saya sudah usaha untuk berkerja keras? 


Dan macam-macam lagi yang akan kamu tanya. 

Apa sahaja masalah yang kamu sedang hadapi samaada masalah kerja,  masalah rumahtangga,  masalah putus cinta,  masalah kesihatan dan lain -lain..

Jangan sesekali pernah menyerah terlalu awal !

Kehidupan kita memang selalu diberikan ujian. Bila kita dah cuba buat baik untuk orang lain tapi kita tetap dibalas buruk. Kamu kena tahu..




( Ferris wheel )

Orang selalu kata hidup ini ibarat Ferris wheel! 

Perlahan lahan, roda bergerak ibarat kita sedang bergerak menjalani kehidupan. 

Perlahan lahan, roda berada di atas ibarat kita sudah berjaya kecapi diatas. 


Perlahan lahan roda berada di bawah ibarat hidup kita di uji dengan kejatuhan. 


Jadi jangan pernah hentikan pergerakan ferris wheel kerana ia ibarat kita seperti jadi orang yang memilih untuk berputus asa dan tak mahu hadapi kehidupan yang seterusnya lagi.

Jangan begitu ya..  

Kita masih ada peluang untuk gembira..

Percayalah. 

Semua kekecewaan akan diganti dengan mutiara kehidupan yang lebih baik. Kamu letakkan segala kesabaran, keredhaan dan meletak kepercayaan tinggi pada diri dan pada tuhan, itulah yang tuhan mahu lihat pada diri kita. Tuhan pasti kagum pada setiap usaha kamu dan dia pasti hadiahkan kamu kehidupan yang lebih baik dari sebelum ni. 

Kamu tahu, 

Kekecewaan bukanlah bermakna kamu lemah, Kamu kalah, kamu loser, kamu bullshit dan macam-macam lagi.. 

Kita manusia. Semua orang punya emosi kecewa. Mungkin kita cuma terlalu penat. Penat menjadi kuat, apa yang kita usahakan tapi kita masih tak nampak hasil yang baik. Penat bertarung dengan masalah perasaan sendiri.Kita cuba nak semuanya nampak baik tapi akhirnya kita rebah dalam kepenatan. Kerana jiwa kita sudah melalui jangka limitted.

Hidup ini pelik 

Hidup ini tak adil.


Hidup ini menyakitkan.


Hidup ini poyoh. 


Banyak lagi yang kita boleh gambarkan kehidupan ini teruk. Semua orang pasti akan terfikir macam ni. 

Kamu harus tahu, dunia ini bukan syurga tapi ujian. Syukurlah sekurangnya dalam hidup ini,  kita diuji dengan kekecewaan tapi kita tetap diberi nikmat juga. :')

Tidak kah kamu rasa bersyukur?  Dunia masih boleh berikan kita perasaan yang mengembirakan.  Kamu hayati rasa syukur dengan ikhlas,  kamu akan dapat rasakan nikmati perasaan yang berbeza. 

Jadi apa yang terjadi pada hidup kita, sebenarnya.. 

ada banyak sebab dan maksud tersirat yang tuhan sembunyikan dari kita tapi sebenarnya dia mahu kita belajar untuk menerima.

Kalau bukan kerana dia mahu kita di uji, 

Dia mahu kita jadi lebih kuat..

Dia mahu kita belajar redha dan bersyukur. 


Dia mahu kita ambil pengajaran, 


Dia mahu hapuskan dosa kita yang lalu. 


Dia mahu kita ingat dia. 


Dia mahu gantikan suatu kehidupan kita lebih baik dari sekarang. 


Jadi janganlah kamu biarkan diri kamu kecewa terlalu lama.  Inspirasi ada dimana-mana. Sokongan ada dimana-mana.  Kasih sayang ada dimana-dimana. Harapan juga ada dimana-mana. Walaupun kita dalam bersendirian pun, kamu masih boleh dapat kegembiraan.

Macam mana?

Sayangi diri sendiri. Bila kamu kecewa, kamu tahu apa yang perlu kamu buat untuk bahagiakan diri sendiri. Explorerlah diri kamu tanpa berharap pada orang lain.

Apa2pun, berehatlah sebentar untuk diri kamu.  Kemudian bangun secepat mungkin dan cuba gerakkan semula roda kehidupan kamu ke atas semula dengan perlahan lahan.

_Hug and love from cf_

22 comments

  1. betul hidup ini satu ujian, tiada yang adil. orang baik pun diuji, orang yang jahat pun diuji.

    sebab semuanya perlu kembali kepada pencipta.

    Jadi berubahlah walaupun perlahan-lahan asalkan ada perubahan walaupun sedikit tetapi istiqamah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu.. Kita tak tahu apa yang kecewa yang dilalui oleh orang lain.. jadi semua mereka tidak putus asa :)

      Delete
  2. Terima kasih untuk perkongsian yang bermanfaat. Tidak dinafikan bahawa semua orang diuji dalam bentuk yang berbeza. Berjaya adalah satu ujian dan gagal juga adalah satu ujian. Semoga kita semua sentiasa tabah dan reda dengan ujian yang diberikan kerana Tuhan hanya menguji kita mengikut batas kemampuan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama jannah. Mana-mana situasi akan ada ujian. semoga kita semua tabah menghadapi dugaan. Amin buat semua ~

      Delete
  3. setiap apa yg berlaku pasti ada hikmahnya and Allah tak uji hambaNya melebihi kemampuan mereka.
    for me...kalau rasa diri sedih selalu fikir..ada lagi yg lebih sedih dari kita. bila rasa diri diuji..ada lagi yg lebih kat ujiannya. In sya Allah..feel much better..

    Salam kenal.. follow you too!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua orang ada masalah dan cara mereka lalui dugaan itu juga berat. Tapi betul apa sis kata, allah takkan berikan ujian yang manusia tak mampu. May god bless our healthy :')

      Delete
  4. Betul tu..
    Ujian dan dugaan jangan jadikan alasan untuk kita putus asa dalam kehidupan, sepatutnya ianya adalah permulaan untuk kita terus memperbaiki dan mengenali apa sebenarnya yang kita mahukan dalam hidup ini..

    Terima kasih atas perkongsiannya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Selagi ada kekuatan dan bergantung dengannya, inshaallah akan dipermudahkan segala ujian yang diberi. May god bless us :)

      Delete
  5. hye cik fifie..yeah..manusia dan ujian seakan berpisah tiada,namun ujian juga la yang membuatkan kita semakin kuat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye juga. Betul, dunia memang dicipta untuk ujian. Dan sudah tentu dalam ujian, akan ada pelangi nanti. May god bless us.~

      Delete
  6. betul...semua orang berhak bahagia, tapi sebelum bahagia mmg kita kena hadapi pelbagai ujian...hanya orang2 yang sabar akan merasai nikmat di penghujungnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang selalu berlaku dalam proses kehidupan. sama seperti, sebelum nak berjaya kena bersusah payah dulu. begitu juga dengan kebahagiaan. dugaaan perasaan di uji kemudian barulah dapat kebahagian. May god bles us~

      Delete
  7. Betul !! Semua orang berhak untuk bahagia. Tapi untuk bahagia bukan sesuatu yang mudah. Ianya tak sesenang dan semudah bercakap

    ReplyDelete
    Replies
    1. semua dalam jiwa yang perlu dilindungan dan dijaga. Tempuh segala dugaan baru dapat kebahagiaan. May god bless us ~

      Delete
  8. teringat kata2 dr. fadzilah kamsah "org yg banyak (terima) ujian dlm hidupnya, itulah org yg plg kuat"

    lumrah seorang hamba. perlu ada ujian utk merasai kemanisan kehidupan

    ReplyDelete
  9. Sangat sukakan setiap perkataan anda. Tahu tahu je hati ni tengah sedih sangat membantu :)

    ReplyDelete
  10. selagi tak berjaya..usaha kena usaha...semoga kita tidak hilang semangat untuk berusaha

    ReplyDelete
  11. thanks...hidup terlalu singkat untuk terus berada dalam kekecewaan...kita harus move on untuk melihat lebih jauh ke hadapan...

    ReplyDelete
  12. kena belajar move on la...melangkah terpaksa

    ReplyDelete
  13. kadang2 memang ada rasa kecewa. kecewa dengan keadaan sekeliling. mengecewakan apabila kita dah membuat kerja dengn sebaik mungkin, tapi orang lain yg mendapat nama.. malas nak fikir. buat kerja ikut kemampuan je. utamakan keluarga..

    ReplyDelete
  14. Don't worry, be happy... :D Ada masa suka, ada masa duka. Hidup ni perlu ada variasi, utk kita belajar memperbaiki diri.

    ReplyDelete