5 Tips kebiasaan dalam rutin harian blogger



Dalam dunia blogger, kamu tergolong dari blogger yang mana satu

Buat blogger untuk tujuan suka-suka atau buat blogger untuk tujuan serius dalam buat duit? 

Sebelum kamu masuk dalam dunia blogger, kamu dah tahu apa tujuan kamu.

Ini sangat penting yang perlu diketahui awal-awal. 

Ikut pengalaman saya dalam dunia blogger dulu, tujuan saya berblog hanya tujuan suka suka. 

  • Saya suka design blog. 
  • Saya suka kongsi ilmu untuk sekadar perkongsian.
  • Dan saya suka baca mana-mana artikel menarik dari kawan blogger. 

Tapi dalam masa yang sama, saya juga pernah berniat serius untuk buat duit di blogger.

Malangnya saya mudah berputus asa dan tak pernah nak belajar dengan teliti.  Sekarang ini, saya cuba untuk bersikap serius. ( Amin )

Jadi tanya diri kamu, adakah kamu mahu serius dalam blogger? 

Jika benar..

kita kena belajar beberapa perkara penting tentang rutin harian blogger. 

Kenapa?  

Supaya kita jadikan ia satu kebiasaan dalam berblogging untuk setiap hari. 

Apakah rutin yang patut diamalkan? 

1 - SETIAP HARI MEMBACA, SETIAP HARI MENULIS

Sebagai blogger, kamu perlu ada ilmu didada. Kalau tidak, kamu tak dapat menulis. 

Ada yang selalu kata, 

"Ala senang je. Tulis je apa yang kita tahu.

Mungkin betul. Untuk buat artikel tentang personal life, kita ada kebebasan dalam menyusun kata-kata.

Tapi untuk buat artikel yang kualiti, kamu harus banyak membaca.  Bukan setakat dapat idea baru dan dapat kumpul pengetahuan yang banyak, tapi kamu juga dapat memantapkan penulisan jadi lebih baik

Jika kamu selitkan dengan sikap rajin menulis, percayalah kamu senang menulis tanpa ada rasa keberatan.  

2 - AMALKAN BUAT CHECKLIST BLOGGER SETIAP HARI

Bukan mudah untuk lakukan semua aktiviti blogger. Sebab ada banyak perkara yang perlu kita sediakan. 

Contohnya : 

  • Bila nak membaca?
  • Bila nak cari idea?
  • Bila nak buat draf idea?
  • Bila nak menulis?
  • Bila nak post artikel? 

Dan macam macam lagi.. 

mungkin kamu tak dapat buat semua ini dalam satu hari. Tapi kalau kamu tahu macam mana nak buat checklist setiap hari, kerja kamu akan jadi lebih mudah. Kamu tak akan terfikir lagi macam ni..

"Apa yang patut saya buat hari ni untuk blogger?"

Soalan inilah yang akan kamu hadap setiap hari. 

Untuk itu bagi yang bekerja sambil berblogging, saya sangat galakkan kamu checklist blogger. 

Jadi bila kamu bangun esok pagi dan kamu tengok checklist simple yang kita tulis dalam buku, kamu hanya tinggal buat sahaja.  Tak payah lagi pening kepala!

3 - RAJIN BUAT PENYIMPANAN IDEA BARU

Kadangkala idea akan datang secara tiba-tiba. 

Tidak kisah kamu berada dimana,  fikiran kamu akan terima idea tanpa kamu sedar.  

Contohnya : 

kamu tengah scrolling facebook.  Kamu baca post orang secara random. Dalam banyak-banyak kamu scrolling,  ada satu post yang menarik perhatian kamu

Orang itu post pasal isu hangat tentang keculikan yang berlaku dan bila kamu tengok, tarikh dipublish adalah latest. Kebetulan blogger kamu memang suka menyuarakan tentang kabar hangat dalam artikel kamu. 

Jadi bila kamu dapat idea baru untuk apa yang kamu nak tulis nanti,  simpan dalam satu nota kecil yang selalu kamu bawa kemana mana.  Ataupun kamu simpan dalam notepad phone

Kumpul sahaja idea yang kamu dapat. Jadi kamu hanya tinggal cari bahan bacaan dan bersedia untuk menulis tentang idea tersebut.

4 - BUAT PUBLISH POST ARTIKEL

Masing masing ada target dalam blogger.  Ada yang mahu post artikel setiap hari. Ada pula yang mahu post artikel 4 kali dalam seminggu.  Terpulang pada individu. Semua orang ada kehidupan yang perlu difokus. 

Manatahu ada yang masih belajar atau berkerja tapi mahu jadikan blogging sebagai sampingan.

Jadi semua ini bergantung pada diri kamu. Seberapa banyak post artikel yang kamu ingin publishkan, terpulang. 

Kalau boleh, kamu amalkan publish post sekurang-kurangnya 2 atau 3 dalam seminggu. 

Supaya kamu dapat terima banyak kunjungan pembaca dan follower dari rakan blogger. 

Semakin mereka sedar kamu selalu post artikel baru,  semakin itu ramai yang kenal blog kamu selalu aktif. 

Bukankah itu target utama bagi setiap para blogger? 

Jadi pastikan blogger kamu sentiasa diupdate.

Ini memang sudah menjadi satu tugasan bagi blogger. Post artikel adalah keutamaan dalam blogger.  Kalau tak dapat post setiap hari,  sekurangnya cari masa yang sesuai untuk publish. 

5 - RAJIN BUAT BLOGWALKING

Ini adalah salah satu aktiviti yang blogger selalu buat. Bila buka blogger, mesti akan baca bahagian reading list. ( Ke baca bahagian siapa yang komen kat post kita?hehehe..

Mana-mana artikel yang update latest, kita terus tekan klik untuk jenguk datang melawat. Dan dari situ akan bergerak dari satu ke satu blog untuk mencari rakan blogger.

Siapa yang makin rajin buat blogwalking dalam rutin harian,  maka penghujung akan ramai. Sedikit demi sedikit follower akan bertambah. 

Macam saya, sebenarnya saya pun ada masalah dalam jadual blogwalking. Kadang tak tentu. Bila ada waktu lapang, baru saya dapat jenguk ke blog-blog yang lain. 

Ada setengah orang mungkin tak ambil kisah pasal blogwalking.  Bagi saya, dari cara inilah yang boleh meningkatkan taraf blogger kita.

Carilah masa yang sesuai untuk buat blogwalking. Sekurangnya dalam sehari, ada buat sekali. Ambil masa sekurangnya dalam 1 jam.
Jadi itulah rutin harian yang blogger akan selalu buat. 

Bagi pemula, cuba biasakan diri buat rutin harian dengan benda yang mampu kamu fokus sahaja dulu.

Macam saya, saya juga ada masalah untuk konsisten dalam buat kesemua rutin harian di atas

Mungkin dalam satu hari ini, saya pilih nombor 1,2,5. Esok baru buat yang nombor 3 dan 4. ataupun kalau tiada masa, saya buat nombor 2 dan 4.

Tak apa. Perlahan-lahan. Kita belajar dari cara yang mudah dulu. Kemudian barulah kita dapat satu per satu tambahan rutin harian untuk blogger.

20 comments

  1. nice sharing...dulu2 iya memang untuk suka2 dan menambah kawan di dunia maya...kemudian rakan2 blogger maya menjadi rakan2 realiti bila bertemu..sekarang berblog untuk cari side income disamping berkongsi kisah harian...tips simpan dulu tu pun kekadang buat juga, bila terlampau banyak tajuk dalam kepala, kena tulis dalam notes kat henset supaya tak terlupa...hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang begitulah dunia blogger. Perlahan-perlahan aktif dalam blogger, dari niat biasa jadi niat yang serius. Kita tahu blogging ada banyak manfaat tapi mmg tak semudah kata. Semua ada proses. So ya guna teknik penyimpanan idea. Kalau idea dtg, cepat2 tulis nanti lupa sis.

      Delete
  2. terbaek.. info bermanfaat.. Insyaallah jadi panduan dalam berblog :)

    ReplyDelete
  3. I agree with you, many novice writers are inspired by an interesting situation but have no idea where they're going to take it.

    www.okcheori.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. You are right because i've been a person like that before. XD But its okay, mistake will teach us a lot and try from basic again

      Delete
  4. Great post CF..
    Kalau tanya sis, blogging sekadar memenuhi masa lapang, kongsi cerita tentang kehidupan dan kerjaya. Selain itu sis suka berkenalan dengan rakan bloggers.. Suka baca post mereka.. Untuk side income so far sis berharap dengan Adsense tapi sis perlu lebih usaha lagi untuk achieve side income yang memberangsangkan, hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahamdullilah. satu achievement yang baik sis. Saya pula banyak mengalami turun naik dalam dunia blogger dulu. So saya cuba untuk belajar semula dari benda basic. sambil belajar, sambil berkenalan dengan rakan blogger, sambil itu saya cuba share apa yang belajar tentang blogger. contohnya mcm post sekarang. hehehe. Buat duit? akan datang sis. skg tak boleh dulu. kena slow2

      Delete
  5. tiap hari diusahakan menulis
    walaupun di sela2 kesibukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. makin rajin menulis, makin mudah nak tulis apa sahaja. :)

      Delete
  6. Tujuan utama saya buat blog untuk duit tambahan dan juga kongsi ilmu yang ada. Bagi saya lagi mudah untuk berkongsi ilmu melalui blog sebab ramai yang baca berbanding kita kongsi dengan orang yang dekat dengan kita sahaja. Biasanya saya akan blogwalking bila ada free time atau masa nak tulis entri. Kalau tak sempat nak update blog, saya akan blogwalking je. Blogging juga bantu saya untuk dapat lebih ramai kawan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blogger ini satu platform yang luas. dan semua ada gambaran sendiri terhadap blog. kalau kamu dah ada tujuan buat duit, cuba sahaja. mana tahu rezeki dari hasil usaha sis. So rutin harian kena ada supaya dapat capai sasaran target. Saya pun usaha nak belajar dengan rutin harian. Takut chipsmore macam dulu hehehe. Ya, kalau tak de masa nak post, sekurangnya blogwalking supaya sekurangnya kita dapat kawan blogger baru ~

      Delete
  7. Nice tips. Thank you follow my blog. Nice to meet u

    ReplyDelete
  8. Thanks sister. Kadang-kadang blur nak tulis apa. Tips yang bagus. Btw Kak Feni followers yang ke 195.

    ReplyDelete
  9. No 3 sampai no 5 tu memang selalu buat.. Dapat je idea terus create post dekat aps blogger.. bila free baru edit bagi elok.. Lepast schedule pos memang selalu buat paling sikit 1 post sehari ataupun paling banyak 3 ke 5 post sehari.. bergantung pada idea.. Blogwalking pun cuba dilakukan sekerap yang boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan sis.. Nah itulah kalau kita ada buat rutin harian blogger dalam salah satu senarai di atas, ia nampak dipermudahkan. Idea sangat penting, so ada je dapat idea simpabn

      Delete
  10. Siqah buat blog untuk suka-suka, kenangan diri sendiri. Dulu ada gak niat nak buat duit semua tapi malas, Haha. Tak rajin nak promote dan segalanya, so biarkan jela. Now, Siqah lebih selesa update blog dan share apa yang Siqah suka.

    Jadi blogger sangat kena ada komitmen to update blog at least twice a week and itulah yang Siqah takde. Huhu. Setuju dengan blog aktif jadi pageviews pun meningkat juga followers. Dulu rajin sekarang makin malas. Faktor usia kot. Hihi.

    Anyway, thanks for this post! Semua info bagus dan boleh dimanfaatkan oleh semua blogger :)

    ReplyDelete
  11. Thank u girl. Okaylah kalau macam tu. Awak masih stay dalam dunia blog walaupun niat hanya nak sharing story about your life. Bukan macam saya, hahaha. . Berapa kali da jadi chipsmore dalam dunia blog.

    Thank you. Moga manfaat untuk mereka yang lain :)

    ReplyDelete