Penulisan memang berkait rapat dengan membaca.
Kerana setiap isi kandungan samaada dari buku atau mana-mana artikel yang dibaca datangnya dari perkataan yang ditulis .
Dan setiap perkataan itu akan beri penerangan tentang idea atau cerita dalam setiap topik yang ingin disampaikan.
Sebab itu sesiapa yang berminat dalam bidang penulisan, kamu perlu ingat..
Jangan sesekali tidak ambil kisah tentang betapa
"Pentingnya membaca "
Memang betul ada sesetengah orang yang boleh menulis melalui imaginasi atau melalui pengalaman yang pernah dilalui tapi jika kamu tidak mengamalkan banyak bacaan, kamu akan rugi .
Kenapa?
Sebab sesiapa yang rajin buat bacaan,kita akan dapat banyak manfaat yang berguna. Ini adalah salah satu kunci utama bagi orang yang mahu penulisannya jadi lebih mantap.
Ada 3 kelebihan yang kita dapat pelajari dari bacaan.
1 - KAMU AKAN BANYAK DAPAT INFORMASI DAN IDEA BARU
Bila kamu membaca, maksudnya kamu membenarkan informasi baru masuk ke dalam minda. Setiap apa yang kamu baca, itulah idea-idea baru yang bakal kita olah dalam penulisan.
Semakin kita banyak membaca, semakin banyak idea yang kita perolehi. Jadi tanpa rasa keberatan, kemungkinan besar kita akan jadi mudah nak masukkan idea baru dalam artikel penulisan kamu nanti.
Tapi pastikan kamu baca benda yang penting dahulu. Kamu ingin jadi penulis yang baik, jadi kamu kena tumpukan pada topik yang berkaitan.
Supaya kamu dapat menghadam informasi itu dengan mudah.
Jika kamu terlalu paksa diri kamu untuk membaca dengan perkara yang banyak, takut minda kamu akan sukar untuk beri fokus pada satu topik dan otak kamu akan jadi penat.
Itulah yang boleh menyebabkan kamu ada perasaan malas nak menulis.
Dalam penerangan ini, saya nak bagi satu perkongsian untuk penulis iaitu buat penyusunan membaca dengan perkara utama dulu.
Saya ambil satu contoh.
kamu seorang blogger yang suka buat artikel dengan pelbagai topik. Bagi saya, tiada masalah kita nak kongsi topik yang bermacam jenis.
Tapi apa yang perlu kamu buat ialah fokus pada bacaan satu topik sahaja dulu. Mungkin kamu ada target untuk buat publish 1 artikel untuk 1 hari.
Masalahnya kamu ada senarai yang berlainan untuk blogger kamu. Contohnya kamu nak kongsi tentang kecantikan, tentang blogger, tentang teknologi dan lain-lain.
Pilihlah salah satu yang kamu nak baca dulu. Set masa. Hari isnin kamu nak post artikel pasal tips blogging, jadi itulah yang kamu perlu baca dulu.
Percayalah kamu akan senang nak menulis idea baru untuk artikel nanti.
2 - KAMU AKAN DAPAT BANYAK KOSAKATA BARU
Apa yang kamu baca, kamu akan temui katakosa yang tak pernah kamu dengar.
Penulisan yang ditulis dalam buku atau mana mana artikel yang lain akan mengeluarkan bermacam-macam ayat yang berbeza. Kerana penulis juga adalah orang yang berbeza-beza. Dari apa yang kamu baca, mereka mempunyai style masing-masing.
- Ada yang tulis seperti skema
- Ada yang tulis seprti santai
- Ada yang tulis seperti puisi.
Jadi secara automatiknya, kita akan sedari yang kita sedang mempelajari ayat baru dari sana.
Contohnya macam saya, dulu saya tak tahu apa perkataan meleset. Hehhee. Saya lupa dari mana saya baca tapi saya andaikan saya terbaca disatu petikan yang tertulis
"kita kena fikir apakah yang harus kita lakukan agar dunia ini dapat dikembangkan dengan ilmu pengetahuan. Jika tidak, dunia akan semakin meleset "
Maksud meleset ialah mundur.
Jadi secara tak sedar, bila kita mahu menulis dengan meletak katakosa seperti ini dalam satu artikel yang berkaitan dengan bisnes ataupun topik hot isu semasa, penulisan kita akan nampak lebih professional.
2 - KAMU AKAN DAPAT BANYAK PENGARUH BAIK DARI MANA-MANA BUKU ATAU LAMAN WEB.
Tahukah kamu, membaca ni bukan setakat ilmu yang kita dapat. Malah ia juga dapat menaikkan semangat kita sebagai penulis. Makin lama kita banyak buat carian membaca, makin banyak motivasi yang kita dapat
Kenapa?
Bayangkan kamu ada satu laman web yang selalu kamu kunjungi. Dan sudah tentu kamu kerap melakukan kunjungan ke sana di sebabkan kamu sangat tertarik dengan konten yang menarik dan penulisannya yang mudah difahami.
Kebetulan kamu memang berniat untuk menjadi seorang penulis yang baik. Melalui apa yang kita baca dari web yang kita gemari, itulah yang menjadikan kamu akan bertambah rasa semangat untuk jadi penulis.
Kamu bukan setakat dapat ilmu dari apa yang kamu cari di sana tapi kamu juga akan rasa terinspirasi. Laman web itu memberi kamu satu perasaan yang kamu teringin nak ada cara penulisan seperti itu
Tapi ingat, kita boleh jadikan seseorang itu sebagai inspirasi untuk hidup kita tapi jangan sesekali meniru bulat-bulat dengan style penulisan orang lain.
2 - KAMU AKAN JADI ORANG YANG SENANG NAK BUAT PENULISAN DENGAN OLAHAN AYAT SENDIRI
Hasil daripada apa yang kita selalu bacakan, itu yang menjadikan otak kita senang untuk membuat analisis pengunaan perkataan sendiri dalam sesuatu penulisan
Maksud di sini, kamu seringkali baca hal yang sama iaitu berkaitan dengan penulisan.
Kamu sangat nekad untuk menjadi penulis yang baik. Jadi kamu sangat berusaha untuk fahami sistem semuanya berkaitan penulisan.
Tips penulis bagi pemula
Tips menulis secara konsisten
Cara buat latihan menulis
Dan lain-lain.
Kamu yang dulunya langsung tak tahu hal menulis, tapi lama kelamaan kamu jadi orang makin mahir tentang hal ini disebabkan membaca.
Bila kamu mula mahu menulis berkaitan dari apa yang kamu sudah fahami, Kamu akan senang buat penulisan berdasarkan dari buku yang kamu sudah baca.
Tapi sesiapa yang rajin buat latihan menulis dan tahu menulis dengan cara gaya sendiri contoh menulis seperti kita bercakap, ini yang akan memudahkan kamu senang bina olahan ayat sendiri tanpa kamu sedar.
PS : Saya tahu membaca bukanlah satu hal yang mudah. Sekarang, kita di era zaman teknologi yang maju. Bila rasa nak buka buku, tapi kita buka fon dan chat dengan kawan. Bila kita nak membaca artikel dalam laman web, tapi kita terbuka social media seperti facebook. Maka meleretlah kita buat scrolling sampai makan waktu tanpa kita sedar.
( Saya mengaku saya ada masalah macam ni juga
Tapi semua ini kita perlu belajar. Perlu ada buat latihan. Perlu cuba usahakan untuk kita dapat timbulkan rasa minat membaca. Selamat mencuba buat kamu semua dan diri saya sendiri juga
Yes membaca is penting! Pernah ikut penulisan Aishah Madidiy dulu, antara kata-kata dia yg paling saya ingat:
ReplyDeleteMost people dont know, but as writer, we do a lot of reading too.
and kepentingan dia sama yg macam fify huraikan. hehe. Never feel bored with books. Tpi tu lah, so many book yet so little time. haha.
The Hundred Pages | Eyqa Zq
Ya betul eyza. Bila kita cuba dapatkan nasihat dari mana2 penulis samaada terkenal atau penulis biasa, diorang akan gunakan dua method ini. Kerap baca buku, keraplah menulis. tapi itulah, masa.. Lagi kalau jenis banyak buku yang nak dibaca, memang ambil masa.
DeleteMembaca memang banyak beri manfaat dalam membaiki kemahiran menulis. Kalau kurang ilmu, memang selalu akan stuck bila menulis. Bila banyak membaca dan banyak pengetahuan yang kita ada, lagi mudah untuk kita mencari idea untuk penulisan.
ReplyDeleteYa betul jannah. Sebab semua informasi kita dpt banyak dapat dalam buku. so itu yang mudahkan kita untuk menulis. Bergantung juga dengan apa yang kita nak baca. Ada yang topik kita nak tulis kat blog, bila nak baca dan fahaminya, masih tak faham. Bahagian itu kena belajar membaca pula.
Delete4. Tau nak c & p kat mana2
ReplyDeleteHehehehe :)
Deletebetul, lagi banyak baca lagi banyak ilmu dan style penulisan kita boleh explore
ReplyDeleteYesss.. keep exploring and keep reading :)
Deleterajin sungguh carly share pasal penulisan blog akhir2 ni..good job *thumbs up*
ReplyDeleteTerima kasih sis. Saya kan sekarang nak fokus bahagian penulisan. So sambil belajar, sambil tu buat artikel pasal ni. :)
Deletetq dapat ilmu utk org macam saya yang baru nak berjinak2 dlm dunia blog
ReplyDeleteSama2. baguslah kalau post ni dapat membantu awak. Saya pun sedang belajar juga :)
Deletesalam singgah sini, betul tu fifie,, blogger yang berkualiti sebenarnya kena membaca banyak2 hii, baru lah dapat informasi yang tepat. hii...
ReplyDeleteHehhehee betul tu wani. memang susah jugalah kan kalo nak buat artikel yg kualiti. Perlu bacaan dulu. Kalau cerita santai2, relax je menulis~
DeleteBetul membaca buatkan isi pengalaman dan cerita kita tu berfakta bukan kosong.
ReplyDeleteChaiyokk la laju update post...hehe
Tak juga. Bergantung pada masa juga nak update. Nak tulis artikel macam ni bukan senang tapi bila ada masa, saya update post. Tq hehehe~
Deletekalau tak baca memang tak tahu apa² dan ada kalanya pembaca suka tanya soalan yang dah ada jawapan dalam artikel. Nampak sangat tak membaca di situ kan :)
ReplyDeletehahahhaha.... iya~. bergantung pada orang. Mungkin ada stengah orang yang rasa nak baca sampai habis, mungkin orang tu memang mood nak membaca. Tapi kalau tak, kita boleh tahu mana yang betul2 membaca. Semua orang pasti pernah alamikan..
DeleteBetul apa yang di kongsikan ni.. Perlu membaca dulu untuk memcari maklumat yang penting
ReplyDeleteYa.. betull. Kita tak dpaat menulis tanpa ilmu yang perlu kita tahu.
Deletedengan membaca mmg menambahkan kosakata..tak kira lah english atau melayu dua dua sama penting..
ReplyDeleteKan. saya setuju. Dulu saya tak mahir sangat dalam bahasa english. Tapi saya ada satu laman web yg saya selalu baca in english, memang banyak katakosa baru yg saya belajar :)
Deleteyeaka?nak tahu juga..bole share?
Deletemmg betul membaca mmg banyak kelebihan, tak kisahla utk seorang blogger atau utk benda lain...
ReplyDeleteYa sis. Bagi saya teknik sama ja. Penulis blogger, atau penulis novel ke.. kalau guna teknik rajin membaca, maka senanglah nak menulis,. :)
Deletebetul sangat awak. bila kita banyak membaca, akan membuatkan penulisan kita matang.
ReplyDeleteBetul. boleh nampak perubahan yang ketara kalau kita kerap membaca dan buat pratikal menulis ~
Deletebetul tu.. lebih2 lagi mengetahui isu2 semasa..
ReplyDeleteBetul tu ejul ~
DeleteSetuju sangat dengan perkongsian awak di atas. Membaca boleh menambahkan ilmu dan seterusnya boleh dijadikan bahan juga untuk penulisan kita :)
ReplyDeleteItulah salah satu cara untuk kita nak memantapkan penulisan. anyway thank you :)
DeleteNice sharing. Sy pun dah kurg membaca ... Buku banyak tapi bacanya tak tahu bila T-T
ReplyDelete