#14 Puisi bebas : pelik


Suasana riuh dengan bicara, 
Dunia penuh dengan perkongsian,
Bual kata penuh meriah, 
Pelik.. Kata dikongsi tidak dapat dirasa. 

Cuba untuk teliti pada sekeliling, 
Tenung renung penuh hayati, 
Dengar bunyi pada setiap kata, 
Pelik.. Mata fokus tapi kosong.

Makin lama makin sayu, 
Tiada apa dalam kepala, 
Tiada apa dalam jiwa,
Pelik.. Sebar senyuman tapi apa? 

Cuba tutup segala persoalan,
Badan sudah habis berjuang, 
Bagai layu dalam terbaring. 
Pelik.. Apa yang berlaku sebenarnya?

-CF- 

#15 januari 2019

PS : Mungkin sesetengah orang pernah lalui macam ni. Seperti kita dapat rasakan disekeliling kita tiada lagi rasa deria, tiada apa yang dapat didengar, hanya diam tanpa suara. Mungkin tubuh badan
perlukan berehat. Dunia harian perlukan tenaga kita untuk melakar kehidupan demi kehidupan. Pelik tapi adakalanya itulah yang berlaku.. 

12 comments

  1. Iya..kadang2 kita kena lari sekejap dari semua kesibukan tu untuk tenangkan fikiran..kembalikan semula fokus yang menghilang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah kehidupan kita sebagai manusia. Hari hari, ada ja yang boleh buat kita akan rasa penat. So perasaan mcm ni akan timbul. Jadi better kita perlu rest

      Delete
  2. Yes. Kdg2 mmg pernah kita alami perasaan camni, bila mana badan, minda dah tak berdaya tuk bertindak 😊 salam singgah sis

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis. Lumrah kehidupan memang macam ni :)

      Delete
  3. Susuanan kata yang indah...
    Kunjung balas disini... Done follow blog awak juga... #Follower yang ke 213 😊

    ReplyDelete
  4. rasanya sebab otak dah terlalu penat sampai payah nak mencerna baik tingkah mahu bicara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya sis. Betul apa yang sis cakap. Semua dari kepala otak kita kemudian turun pula ke fizikal badan. Maka rest is the best way. :3

      Delete
  5. Berehat sebentar dan tenangkan fikiran. Semoga ada jalan dan kesenangan :)

    ReplyDelete
  6. Puisi yang ohsem.. bila badan dan otak terlalu penat, deria rasa pun tak dapat nak berfungsi dengan baik.. jalan terbaik adalah rehat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sis. iya kesihatan harus dijaga. Kalau ada perasaan macam ni, cepat2lah luang masa untuk diri sendiri. berehat sebentar :)

      Delete