#13 Topik yang sesuai buat tangan senang nak menaip


Memandangkan saya seorang yang sangat serius nak menulis dan menulis, saya pilih untuk terus menulis blog dengan cara bercerita.  

Dalam konten personal life, saya akan bercerita tentang apa sahaja.  Dan saya pilih topik yang random. Mungkin kebanyakan cerita memang bukan sepenuhnya tentang diri saya, tapi saya tulis berkaitan dengan apa yang kita semua lalui.

Semenjak saya rajin berblog untuk januari ini, walaupun saya masih belum banyak kumpul artikel yang kualiti konten iaitu konten yang berkaitan tentang perkongsian ilmu atau apa yang manfaat untuk orang lain...

Tapi saya baru perasan, cara untuk menulis dengan secara spontan ialah bila kita tulis tentang apa yang kita terfikir dalam minda kita kemudian kita luahkan dalam bentuk penulisan. Saya rasa benda ni jadi lebih sangat smooth. 

Betullah apa yang saya katakan dalam post sebelum ini, Manusia ada 2 jenis. Bercakap atau menulis. Dan saya lebih suka bercerita melalui penulisan. 

Kalau saya menulis topik yang santai-santai contoh macam progress dalam dunia blogger 2019 pencinta kucing, stay humble and keep learning, dan lain-lain, saya rasa saya tak terlalu stress untuk menulisnya. 

Itulah yang saya mahukan. (lol, kenapa baru sekarang dapat perasaan mcm ni?)

Anyway, bukan senang nak menyusun ayat. Serius.. masa saya menulis dulu, saya jadi orang yang paling stress. Saya terfikir ayat apa yang sesuai nak guna atau kata kosa apa yang patut diselitkan. 

Sekarang, allahamdullilah.. 

Baru sekarang saya faham. 

Menulis dengan topik yang kita rasa selesa adalah kunci utama untuk dapat kita menulis tanpa rasa stress. 

Mungkin juga saya kerap menulis diari melalui phone dulu, itu yang jadikan saya terbiasa menulis macam sekarang. 

Cuma itulah, menulis kualiti konten tak sama menulis secara santai. Itu yang saya masih nak praktikkan. 

Harap saya dapat terus konsisten macam ni. Amin. 

PS : kamu pula macam mana? Topik apa yang kamu rasa selesa bila menulis?  Saya tengok ada beberapa orang yang rajin update post blogger dan bila saya baca artikel mereka, saya nampak banyak yang penulis berbakat.  Dahlah tulis dengan panjang.  Saya terfikir macam mana diorang boleh luangkan masa menulis begitu banyak kemudian post setiap hari.  Siapa yang sudi,  share lah tips hehehe. Saya ni ibarat newbie walaupun dulu pernah join blogger tapi chipsmore.

31 comments

  1. kadang ada idea mencurah2. tp bla ketuk keyboard terus blank aduhhhh masalah blogger sejagat hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya faham. ini masalah yang selalu berlaku. Kadang bila bersemangat nak menulis, brain stuck. tak tahu sebab apa. terpaksa tangguh :/

      Delete
  2. Saya pun lebih suka menulis daripada bercakap. Saya lebih suka topik yang dapat dikaitkan dengan orang lain seperti motivasi dan juga hobi. Kalau nak tulis artikel yang betul-betul informative, memang kena buat research dulu. Kalau cerita personal life saya jarang share kat blog. Kadang-kadang ada banyak idea tapi tak sempat nak tulis dan post kat blog๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kalau nak tulis artikel yang informative, ambil masa. mana nak hadam faham betul2 dengan apa yang nak tulis, mana lagi nak menulis dan editing. Masa kadang terasa singkat apa lagi kalau buzy kan. Terukan menulis, spread love from writing :)

      Delete
  3. sama lah, rasa macam newbie dan chipsmore padahal stat berblog ini dari f5. kkadang kekangan masa juga yang membuatkan saya jarang sangat jengah blog

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha.. iya itulah. boleh nampakkan saya punya label. Chipsmore je~! menghilang ntah kemana. So start semula ni memang banyak cabaran. hope awk still keep blogging~

      Delete
  4. me too, sometimes I don't know what should I types about.

    ReplyDelete
    Replies
    1. True, Sometimes brain got stuck for a while to get the idea or writing. But when mood okay, then easy to write.

      Delete
  5. let your imagination wander..write about anything that is of your interest.

    done follow here.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Put the imagination into writing. It will be fun and hopefully can write more easy and enjoy :)

      Thank you follow~

      Delete
  6. setuju, cuma akak suka menulis dengan bantuan gambar, banyak penceritaan akak selalunya bergambar... klu cuma tulisan... akak mcm mati akal hehheheh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dulu saya rajin je letak gambar yang sesuai. Tapi skg baru nak aktif semula, saya buat ikut kerajinan mana yang mampu. Nak explorer gambar kena dengan tajuk susah. hehehe. Tapi itulah saya kata, setiap orang ada cara yang berbeza. Mungkin itu yang dapat akak lancar nak menulis. okaylah tu kak ~

      Delete
  7. Saya menulis secara random. Most of the times, menulis untuk diri sendiri je. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its okay kalau tulis pasal your life. That is your blog and your own world. Just keep writing ~

      Delete
  8. BLOGGING DGN GEMBIRA PUASKAN HATI SENDIRII DGN TLS ARTIKEL YG DISUKAI N MEMANFAATKAN YG MEMBACANYA

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes sis.. Menulis dengan kelapangan hati. Blogger ni terbuka pada macam2 jenis. So menulis untuk puaskan hati sendiri, atau sharing ilmu, atau bercerita, berimaginasi, berniaga. Mana2 je sis :)

      Delete
  9. topik apa? paling best tulis pasal makanan, food review etc. hehe

    ReplyDelete
  10. bagi sy kalau menulis sy suka berada dalam bilik yang tenang, tanpa muzik dan cuma perlu berangan eheh. Sy cuba menulis sebaik-baik bahasa supaya tidak menimbulkan yang negatif..part otak beku tu memang kerap jugak walau memula idea banyak mencurah tapi bila dapat keyboard...hehehe hilang

    salam jengah dari www.umifuzy.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang yang biasa menulis sambil dengar lagu macam sayalah. hehehe tapi sebenarnya lebih baik menulis tanpa music. Kalau nak dengar music pun, jangan pilih lagu yang ada suara. Supaya otak kita lagi senang nak proses dalam menulis. Tapi tengok keadaanlah kan sis. Tips diatas memang ada kesan, kadang tu bila start menulis, tetibalah pula tangan jemm.hehehe.

      Delete
  11. Ya, dengan konsep bercerita, penulisan akan jadi lebih smooth dan laju je menaip, tak kisah la entri santai atau yang berfakta..biasakan macam tu, lama2 nanti jadi rajin bercerita setiap hari..kadang2 plan nak tulis pendek2 je, tapi jadi 10 perenggan jugak akhirnya. Hahahhahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau yang berfakta tu sis, mean benda yang informative dan perlu ada buat research, saya rasa itu agak susah nak smooth baik saya. Kecuali kalau saya betul dapat faham dan ingat. Hehehe.. Sis dah lama blogging ni, so benda ni nampak mudah bagi sis. Okay macam tu..

      Panjang2 ? Terbaiklah sis๐Ÿ™Œ

      Delete
  12. Kalau menulis perkara yg kita feel dan alami sendiri, automatik akan jadi laju dan panjang.. macam2 rasa nak membebel.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul lah sis. Saya belajar menulis pun sbb dulu rajin bua diari . Tu yang kalau just nak story2 biasa kat sini, inshaallah adalah juga yang mudah. Tapi bila sebut pasal informative, memang berjam2 lah nak siap heheh

      Delete
  13. These are some great tools that i definitely use for SEO work. This is a great list to use in the future.. Lasik Eye Surgery Michigan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Do you mean this post are good for seo? I dont think so. . ๐Ÿ˜‚ because i just story about what im doing about writing.

      Delete
  14. Dulu pernah berblog tapi blog budak2, menulis pun entah apa2, sekarang pun baru nak menulis balik sebab ada masa lapang ni giat lah nak menulis. Esok2 kalau dh bz tak tahulah macam mana. Menulis ni memang kena ada feel dan kerajinan, tambah pula kalau mood dia ngam, memang masuk habis lah. Hehe. Teruskan menulis, keep writing for your own good. Sharing is caring! Hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betullah.. menulis tak boleh kalau tak ada jiwa. Kalau tak, memang keras tangan nak menulis. Mood pun penting. Kalau tak de mood, satu benda pun tak tertulis. Ya kerajinan.. bukan senang nak konsisten tapi cubalah mana yang mampukan~

      anyway thank you. inshaallah. keep writing and sharing~

      Delete
  15. sejak dulu - dulu jenis suka taip resepi nak berkongsi dengan orang lain, dulu ikut niche sekarang main campur2 dah hii.. ikut mood juga ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kebanyakan blogger macam ni. Termasuk saya juga. Sebab kita kan hidup macam2 experience. Maybe macam kamu minat bahagian masak, tapi dlm masa yang sama kamu suka menulis, so tak salah nak sharing :)

      Delete
  16. KSarie pun boleh dikatakan newbie dalam dunia blogging. Kadang-kadang tak sure nak cerita pasal apa dalam blog tuh.

    ReplyDelete