#12 Manusia ada dua jenis. Bercakap atau menulis


Cara manusia sampaikan mesej melalui cerita, ada dua cara. 

Kongsikan cerita melalui suara.

Kongsikan cerita melalui perkataan. 

Dalam realiti, semua orang memang pandai bercakap kecuali orang itu bisu. Dan semua orang memang pandai menulis kecuali dia tiada tangan. 

Apa yang saya nak terangkan, 

Cara penyampaian cerita dengan jelas.

Kita nampak ada orang yang petah berkata dan ada pula yang mengalami masalah percakapan dalam menerangkan sesuatu perkara. 

Orang yang pandai berkomunikasi ni memang satu kelebihan yang semua orang mahukan. Bukan setakat dapat ramai kawan tapi dalam segi karier, orang macam inilah yang selalu menjadi tumpuan.  

Semua kerja jadi mudah sebab mereka ada keyakinan yang tinggi dalam komunikasi. Segala hal yang berkaitan dengan pembentangan atau mesyuarat dalam pejabat, merekalah orang yang paling senang untuk menyuarakan pelbagai idea tanpa rasa gentar. 

Berlainan pula dengan orang yang ada masalah percakapan.  Mereka jenis yang tertutup dengan di sekeliling ramai orang. Telinga lebih banyak mendengar, tapi mulut pula lebih tertutup rapat. 

Biasanya orang yang pendiam, kemungkinan besar mereka lebih suka menulis. 

Kalau orang yang jenis macam ni,  mereka lebih suka memasang telinga untuk menerima informasi dari orang lain, mata lebih banyak membaca, jadi benda ini tak mustahil untuk mereka dapat meluah atau bercerita semua perkara melalui penulisan. 

Saya tak boleh kata penerangan diatas adalah benda yang muktamad.  Saya selalu percaya manusia berbeza-beza dan kemahiran masing-masing boleh dapat dicungkil lebih dalam kepada sesiapa yang berusaha. 

Mana tahu orang banyak bercakap tapi juga dia mahir menulis. 

Mana tahu orang banyak berdiam tapi dia tak tahu pun buat penulisan. 

Tapi saya rasa saya tergolong dari orang yang lebih suka terangkan sesuatu perkara dengan jelas bila menulis berbanding dari bercakap.
Sebab saya nampak saya lebih teratur dan detail bila guna cara macam tu. 

Mungkinkah sebab saya jenis introvert? Sememangnya saya kurang bergaul dengan orang lain kecuali orang tertentu sahaja. Saya jenis yang friendly dengan sesiapa tapi hanya dalam social media. Realiti, saya boleh kira berapa orang yang saya selalu bergaul.😅 Sebab itu saya kurang pada percakapan kalau nak terangkan sesuatu cerita.

Ps : kalau kamu pula macam mana?  Kamu lebih pilih bercerita dalam bercakap atau menulis? Mesti banyak yang bercakap right?


18 comments

  1. Cik Ash pulak kategori yang jenis berterus dengan penulisan.. hihihi.. bila cakap agak kekurangan sikit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kan kita ni kan sis. lebih selesa menulis. :)

      Delete
  2. Samalah kita. Meriah dalam media sosial tp dekat luar agak pemalu sikit. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu betul tahu. saya pun gitu, malu2 tapi kalau dapat rapat, lain cerita pula. hehehe

      Delete
  3. Betul tu. Saya juga lebih suka berkomunikasi melalui tulisan jadi sukanya menulis daripada berbicara. Kalau di media sosial tampaknya aktif, tapi kalau di kenyataan lebih pendiam, haha.

    Salam dari Indonesia! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahhaha kan. kebanyakan mungkin yang aktif blogger memang orangnya suka menulis~

      Salam kenal juga :)

      Delete
  4. kalau ejulz lebih gemar bercakap dengan org2 yg betul2 mengenali ejulz.. selainnya ejulz lebih suka luah melalui penulisan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita ejul. Hanya orang tertentu sahaja.. Yang lain kita lbh suka menulis mcm ni

      Delete
  5. Saya lebih suka menulis. Biasanya bercakap dengan orang yang rapat je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... Betul tu sis. Kalau orang yang kita tak rapat atau orang yang kita susah nak percaya, maka kita mmg banyak diam. Tapi kat buku, banyak je apa nak tulis 😂

      Delete
  6. Kalau ada kedua2nya, memang satu kelebihan..kita lagi suka menulis..ekekkekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmmm kan.kalau ada kedua2 mcm tu . Saya pernah jumpa orang yang petah bercerita. Dan saya pula hanya mendengar. Lama2 tu terbelajarlah skit2. Itupun mesti dengan org yg bila kita dah rapat, kalau tak.. Memang diam je. Jadi menulis diari je la apa yang difikir. 😂

      Delete
  7. Positive site, where did u come up with the information on this posting? I'm pleased I discovered it though, ill be checking back soon to find out what additional posts you include. Laser Eye Surgery Michigan

    ReplyDelete
    Replies
    1. This is just my thought. Its only from my experience.m . but i dont admit to people can accept it 100%. Cuz i still believe, people are different style to tell the story.

      Anyway im curious. How did u can understand my language? You are not from malaysia right? Are you use translation?

      Delete
  8. me? friendly di media sosial lebih sikit daripada realiti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh. realiti kalau hidup dalam dunia introvert, macam tulah agaknya..

      Delete
  9. Miera jenis extrovert.. So akan suarakan melalui perkataan. Tapi kesian la semua org bila miera dah start membebel. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Extrovert bukan lebih suka bercerita kah? Sebab extrovert jenis out going~

      Delete