#10 Menulis diari melalui phone



Tahun lepas, saya kembali aktif menulis diari sendiri. Tapi saya tak aktif berblogging lol!  

Ada dua cara saya guna.

Menulis diari melalui phone ataupun melalui buku. 

Tapi antara kedua dua cara ini, saya lebih memilih untuk menulis guna aplikasi diari atau pun notepad phone. Sekarang dunia dah canggih. Banyak aplikasi free yang boleh kita menulis pasal peribadi hidup.

Yang bestnya bila guna fon, kita boleh bawa kemana-mana. Jadi bila mood datang nak menulis something, app diarilah yang menjadi pilihan saya.

Sampai sekarang saya masih amalkan lagi. 

Memang banyak jugalah nota yang saya tulis. Semuanya saya dah simpan kat dalam laptop. Ada masa, saya akan baca semula nota saya. Bila saya baca sampai ke pertengahan ayat, saya terus naik binggung.  

Apa yang saya tulis ni?πŸ˜…

Banyak typo, banyak bahasa terbalik, ada setengah cerita yang saya tulis tak berapa jelas. Jalan cerita terlompat-lompat. 

Nampak sangat menulis diari tapi tak baca sangat atau pun malas nak perbetulkan ayat. hehehe. Agaknya ada separuh dari nota yang saya tulis, saya tengah beremosi kot. so saya tak peduli dah apa yang saya tulis. Janji lepaskan semua kata-kata dalam diari.πŸ˜‚

(Emosi dalam diari je. aduhai fie!)

Kalau tulis dalam diari buku pun, begitu juga. Ada sahaja ayat yang tak betul. Saya rasa lucu bila baca semula.πŸ˜‚ 

Tak apalah yang penting saya sendiri yang faham.

Tapi memang tak nafi,

saya suka diari.

Saya masih tak buang habit lama. Bagi saya, buku diarilah satu satunya kawan yang boleh dipercayai. 

Semua rahsia kita dapat disimpan dengan baik sampai bila-bila. Banyak moment yang boleh kita imbas semula dengan apa yang terjadi pada hidup kita dulu.

Tapi hati-hati, jangan sampai buku diari di tangan orang lain.  Confirm jadi isu. Nanti orang jadikan bahan lawak. Mostly saya kena hati hati dengan adik-adik saya. Hahaha ~

Ps: Sekarang ni, orang lebih suka share moment di social media. Tapi tak semua yang macam tu. Korang pula macam mana?  Ada tak yang masih guna cara old school, tulis diari dalam buku?

20 comments

  1. betul tu.. kene pandai2 simpan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya mesti simpan betul2. kalau tak jadi viral kat dalam satu rumah XD

      Delete
  2. prefer cara oldskul. guna diari buku dari dulu.

    ReplyDelete
  3. Yes Sya pun suka tulis diari! selalunya dekat buku la, sya ada journal sendiri untuk tulis semua benda yang jadi...lagipun sya masih dalam alam persekolahan haih nanti bila dah besar baca balik mesti nangis dan terharu hahah sya rasa tulis diari ni bagus sebagai kenangan :')

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/2019/01/jom-beli-novel-ain-maisarah.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan girl. sama dengan sis lah ni. sis pun suka buat diari kat buku. siap hias macam macam sticker comel dalam buku. Supaya buku diari sis nampak lebih menarik. jadi kalau nak baca pun, senang mood sis nak membaca.

      keep writing ya.~

      Delete
  4. menulis dari phone lebih asyik bisa bersantai ria

    ReplyDelete
  5. Saya jenis yang tak suka tulis diari dalam phone atau buku fizikal sebab takut orang lain terbacaπŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. So maksudnya kamu lebih suka kalau simpan dalam hati? hehehe terpulang. Ada yang mmg tak suka buat diari tapi lebih suka share dengan kawan yang terpilih je. betul ke?

      Delete
    2. Ya, saya lebih suka share dengan kawan yang boleh dipercayai.

      Delete
  6. masa muda remaja saya suka mnenulis diari..

    saya guna buku 555.

    sekarang saya tidak lagi tulis diari dan berharap dapat membaca diari kamu...

    jangan marah gurau je!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku 555? Bukan buku yang kecil tu ke? hehehe. Eh, mana boleh baca diari saya. rahsia~ XD

      Delete
  7. kalau berkesempatan saya upkan post di blog je

    ReplyDelete
  8. tulis diari untuk berkongsi..hehee..kita pun suka tulis diari

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nice.. Still use old school. Saya pun masih guna diari buku tapi mostly guna je. Ikut mood sis :)

      Delete
  9. suka tulis diari gak hihihi.. kiranya luahan hati hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diari mmg tempat luahan. legend full of our memories~

      Delete
  10. I choose diary on phone. Hihi. Siqah guna app DayOne untuk tulis journal dalam diri. Ada planner tapi just general je tulis kat situ. Kalau kat app, berganda2 panjangnya. Sebab senang taip je dan app kat phone ada kunci. Orang lain sure tak boleh baca. Hihi.

    ReplyDelete