Ada yang kuat dan ada yang tidak





Semua orang berbeza-beza. 

kekuatan yang ada pada diri manusia berbeza. Melalui kekuatan yang ada, itulah yang boleh menjadikan siapa mereka sekarang.  Tapi kalau sesiapa yang masih tidak tahu pada kekuatan diri atau langsung tidak tahu apa yang ada diri mereka,  hidup mereka sukar diramal.  Mungkin di zon sederhana atau zon dibawah tapi bersyukurlah selagi mampu.

Masih ada waktu untuk berjalan. Tapi usia kita susah untuk diramal.  Atau juga kehidupan harian kita.

Sebab hidup ini penuh kejutan yang kadang membawa khabar hidup yang baik atau khabar yang tidak baik.

Tiba-tiba turun rezeki,  tiba tiba jatuh sakit. Tiba-tiba gembira,  tiba-tiba maut memanggil.

Apa yang penting, jangan pernah menunding jari pada tuhan.  


Hidup kita adalah ujian. Kita boleh dapat kekuatan diri selepas kita melepasi berat-berat yang dipikul. 

Beban yang dialami akan mengasah kekuatan kita jadi lebih berganda dan berganda kalau kita boleh memilihnya dari sudut baik dan positif.

Siapa yang menyalahkan ujian, kita tak akan pernah jumpa apa yang kuat pasal diri kita malah kita terkecundang ke lubang yang gelap.  Kita tak akan pernah jumpa jawapan kita di sana. 


Gelap dan kosong.

Mungkin sesetengah manusia ada yang rasa itu lebih membahagiakan jika pilih jalan gelap, sebab katanya "aku sudah berusaha menjadi kuat dan mungkin dengan cara kehidupan begini adalah cara yang terbaik buat aku sekarang"

Percayalah..

Perlahan-lahan, ia bertambah makan pada kekuatan diri kita malah senang terpedaya ke jalan yang lebih gelap.

9 comments

  1. kekuatan diri memang kena usaha dalaman kita. usaha sehabis mungkin. inshaAllah pasti akan ada hasilnya. aamiin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya semuanya mesti dari usaha, cuba selagi mampu. Kalau tidak akan tewas. ~

      Delete
  2. Betul tu, kekuatan setiap orang berbeza-beza. Ada orang sangat tabah dalam menghadapi ujian yang diberikan. Ada orang yang hampir berputus asa dan sangat memerlukan sokongan yang kuat daripada orang di sekeliling. Jangan judge orang berdasarkan apa yang kita nampak kerana hanya dia dan Tuhan saja yang tahu apa yang dia rasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita tak nampak apa yang dilalui oleh setiap manusia. Sebab setiap wajah tidak mengambarkan hidupnya betul2 begitu atau tidak. Ya betul jangan judge. Tuhan nampak apa yang mereka lalui. Tapi manusia sekarang cepat menghukum. Moga kita jauhkan macam tu kak.~

      Delete
  3. I agree with you, Even though a child is 1 day, the power is not the same. Will power depends on how they were raised. Even though born to rich and have everything, some may commit suicide. Those who are very poor and uneducated may thrive to live by hook or crook. People may get stronger from a bad situation so in my point of view every person have different level of determination.


    Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back.

    http://www.okcheori.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agree with your opnion. We can see many people at out there, They seems like pretending to be okay but inside, they are struggling in their own a test life. People never know on their real face. Every people had a different strength, all we need dont judge to early.

      Delete
  4. saya pun nak kuat..

    kuat bekerja dan beramal..

    sayangnya belum optimumkan kekuatan tersebut

    ReplyDelete
  5. Hidup adalah rahasia yang sering membawa kejutan. Baik atau buruk. Semoga kita selalu memperoleh kekuatan untuk menghadapi segala kejutan yang diberikan Tuhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. kita sebagai manusia hanya perlu ada persediaan. Belajar untuk bersabar, belajar untuk redha. Sebab hidup penuh kejutan. Musim selalu berganti tanpa kita sedar. Orang yang sedang hadapi, ada yang kuat ada yang tidak tapi biarlah kita bersangka baik.

      Delete