#2 Kehidupan baru bermula hari ini. Tapi tahun 2018 masih dalam ingatan !





Masa bangun pagi tadi, saya terus teringat yang hari ini dah masuk hari pertama bagi angka untuk 2019. Kemudian saya tersenyum.

Fie, ingat..

Tahun ini tahun penuh tujuan.

Amboi, nampak motivasi sangatlah konon.

Honestly, saya memang sangat excited untuk hari pertama 2019 ini. Tahun 2018 sudah berakhir.

Tapi apa yang masih terbayang dalam fikiran saya ialah tentang moment 2018 dulu, ia masih segar dalam ingatan saya.

Pahit dan manis.

Kehidupan saya yang penuh lakaran dengan moment yang berbeza, moment yang banyak timbulkan pelbagai emosi dan moment yang saya rasa kehidupan ini seperti sekejap rasa bahagia sangat, sekejap pula rasa sangat sedih. Mood swing !

Tapi yaallah. Saya tetap bersyukur. Pengisian hidup saya di masa tahun 2018 banyak beri mesej-mesej tersembunyi untuk menyedarkan saya dengan banyak perkara yang berlaku, beri kekuatan pada saya,  dan membuka satu per satu rahsia kehidupan yang saya tak tahu dan tak sedar..

Senang kata.

TAHUN 2018, TAHUN YANG PENUH JAWAPAN TENTANG DIRI SAYA.

Kalau dibandingkan dengan tahun-tahun yang sebelumnya lagi, memang tak nafi banyak juga yang saya alami jatuh bangun sendiri dan banyak juga saya dapat pengajaran yang saya ambil.

Tapi pilihan tahun yang terbaik bagi saya ialah 2018 . Tahun yang penuh makna bagi saya walaupun masa itu saya tetap masih berdepan dengan banyak liku bebanan perasaan yang tersimpan.

( Dan 11 tahun yang lepas juga tahun yang meaningful dan emas bagi saya :') )

Jadi saya ingatkan pada diri saya, saya tidak mahu memperlengahkan lagi kehidupan saya untuk tahun ini!

Tuhan sudah unlock teka teki kehidupan saya, Dia sudah bantu saya untuk bagitahu beberapa jawapan yang wajib untuk saya tahu.

Jadi ambil kekuatan jiwa yang masih ada ini,  ambil kesempatan dengan kesihatan yang masih baik ini, struggle untuk lawan bebanan perasaan yang celaru, dan cuba olah semula kehidupan saya bermula dari bawah lagi.

Patutlah kenapa semua benda yang saya rancang dulu,  tak menjadi.  Padahal saya dah banyak tulis mindset goal dan cuba nak capainya perlahan-perlahan.Pada masa itu, saya rasa saya sangat bersemangat.  Saya sangat mahu benda itu terjadi dan saya mahu belajar ilmu penting. Saya mahu buat semua itu dengan langkah dari bawah dulu sebelum dapat naik ke atas.

Tapi akhirnya tergendala.  Gantung.

Rupanya tahun itu ditakdirkan pada saya untuk

BERI JAWAPAN SEBENAR, KENAPA SAYA TAK BOLEH KE STAGE YANG DIRANCANG OLEH SAYA

Yaallah betapa bersyukurnya saya dan betapa kagumnya saya dengan penyusunan hidup yang engkau atur. Syukur jugalah sebab saya memilih untuk terus kekal positif. Betullah apa yang orang selalu kata

Tuhanlah yang sebaik baik perancang.  Manusia berhak merancang tapi tuhan sengaja hold kehidupan kita dari plan itu

Sebab, Dia bukannya setakat mahu untuk saya diberi ujian hidup,

Dia bukannya setakat nak saya bina kekuatan dan rasa bersyukur,

Dia bukannya setakat nak sedar kesilapan yang saya tak tahu,

Tapi sebenarnya tuhan mahu saya tahu

Sebelum saya perlu berjalan seperti apa yang tertulis pada list plan untuk kehidupan yang saya, tuhan mahu saya

IKUT PLAN TUHAN YANG DIA SUSUNKAN DULU. DIA MAHU SAYA SEDAR DAN BELAJAR. ADA SATU MASALAH BESAR YANG PERLU SAYA BAIKI DULU. IAITU MASALAH DIRI SENDIRI DAN KESIHATAN.

Kalaulah boleh saya share apa yang terjadi masa moment 2018 , share satu per satu cerita tentang perkara terpendam dengan penjelasan yang baik, alangkah baiknya! Untuk sebagai perlepasan beban kata dan perasaan yang disimpan terlalu lama dulu.

Saya mahu mencuba untuk luahkan di sini, dunia pemikiran blog ini.

Saya rasa macam mahu bagitahu semuanya supaya saya lepas dari isi terpendam .

Tapi tahulah perangai saya,

Suka sangat memendam dan berahsia :/

Kalau saya cuba paksa untuk luah dalam keadaan terpaksa, mulut tetap terkunci, tangan pula keluh nak taip ayat untuk bagitahu apa yang sebenarnya berlaku pada saya.

Tapi inshaallah. Tahun ini saya akan cari masa yang sesuai untuk saya susun satu per satu jalan cerita yang ingin di kongsikan. Mungkin, bukanlah semua perkara yang perlu bagitahu

Tapi mungkin saya akan selective mana yang patut dicoretkan di sini.

Yang lain,  biarlah jadi satu rahsia untuk simpanan moment dan satu rahsia untuk simpanan pemikiran yang hanya tuhan dan saya sahaja yang lebih tahu.

Baiklah fifie..

Cukuplah untuk tulis mengenai ini.

Sebenarnya saya sedang cuba mempraktiskan diri menulis dengan cara spontan.

Tak sangka saya boleh menulis lagi. Padahal lamanya saya tak menulis dalam blog. Mungkin dimasa moment tahun 2018 dulu, saya terbiasa dengan banyak menulis dalam notepad, app diari dan juga buku. Memang semuanya yang berkaitan pasal hidup dan fikiran saya sahaja.

Tapi bagi saya, ini masih belum cukup lagi. Saya masih banyak nak perbaiki dalam penulisan. Bila saya baca semula apa saya yang tulis, saya masih ada masalah dengan menulis ayat yang terbalik atau menulis grammar yang tak betul. lol!

Apa apa pun, allahamdullilah,

Tak sangka. Sekurangnya saya rasa ada ringan sikit masa nak menulis artikel kedua yang saya tulis sekarang ini.

Bab bahagian nak nak menulis untuk konten yang kualiti pula, saya akan cuba pratikalkan sebaik mungkin. Orang kata kalau nak jadi penulis baik, kita perlu buat praktikal setiap hari walaupun hanya 200 patah perkataan dan juga banyakkan membaca.

Its okay. Buat sahaja dulu. Lagipun ini memang one of my "azam".

Iaitu asah kemahiran dalam penulisan.

Small step..

Dan semuanya bermula dari sini!

2019..

Apa pendapat kamu untuk tahun 2018? Adakah tahun 2018 adalah tahun yang baik atau tahun yang buruk bagi kamu?

11 comments

  1. Dan tahun yang lewat sehari yang lalu, masih segar dalam ingatan. Sukaa :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah pasti dalam ingatan. Apa lagi moment2 bulanan dalam tahun 2018 lalu, itulah yang lebih banyak diingat dan susah nak dilupakan, kerana sejarah tercipta :)

      Delete
  2. Semoga tercapai apa yang diinginkan pada tahun 2019.
    Selamat tahun baru ya

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru..semoga segalanya dipermudahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin sis.. Semoga dipermudahkan urusan sis juga :)

      Delete
  4. Hi, salam perkenalan. Follower ke 198 :) Cantik blog awak. Simple je :)

    ReplyDelete