Bila kita mahu lupakan





Kadangkala kita tak sedar apa berlaku dalam hidup kita. Benda yang kita sudah rancang, kita decide untuk lupakan dan cuba create moment baru untuk hari esok tapi tanpa disangka, ia datang secara tiba-tiba tanpa kita sangka. 

Memang susah untuk berdepan dengan benda yang kita nak elak.

Tapi mahu tak mahu, kita terpaksa berdepan dengannya. Bila berdepan, fikiran akan aktif dengan benda yang buat kita overthinking melebih batas. 

Kita cuba untuk hentikan semua fikiran tapi ia masih aktif dan cuba kuasai seluruh fikiran kita. 

Agak pelik bila kita mengelak dari benda yang kita tak boleh berdepan,  barulah kita boleh jumpa space world yang buat kita rasa better. 

Padahal dalam masa yang sama,  kita memang selalu ingatkan moment itu, rindu. 

Kenapa boleh macam ni? 

Adakah sebab kita terlalu penat lalui benda yang sama akan berlaku lagi?  Atau adakah kita masih belum pulih dari benda lepas? Atau adakah kita sendiri sedang bergelut takut dilukai lagi. 

Mungkin.. 

Tapi kita harus sedar,  sejauh mana kita mengelak pun akan tetap datang ujian yang sebegitu lagi. 

Jadi apa yang perlu kita buat? 

Bagilah ruangan sendiri dulu. 

Carilah benda yang buat kita rasa better. 

Carilah space yang menenangkan. 

Buatlah keputusan yang terbaik dan sebolehnya. Jangan bergelut dengan emosi yang boleh membakar jiwa masing2. Takkan kemana juga kalau api dimarak-marakkan dalam komunikasi 

Ada benda yang kita tak boleh paksa kerana setiap kehidupan yang diuji,  mesti punya mesej yang tersembunyi.

Tapi sekiranya tidak termampu, berusahalah untuk melupakannya. Mungkin terbaik~

12 comments

  1. Alhamdulillah..terima kasih follow blog akak, akak follow kembali disini.

    Betul tu kadang benda yang kita nak lupakan sangat tu lah yang selalu datang pada kita, inshaAllah..bersama waktu pasti ia akan pergi juga nanti, doakan yang terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih akak. Ya itulah kehidupan kak. Macam mana nak lari, kalau sudah diseru datang, kita tak dapat elak. Tapi sekiranya dapat hargai masa untuk diri.

      Delete
  2. kunjungaan semula....

    kadang dik, benda yg kita tak nk tu lah yg selalu jd kt kita... kalau kita terima, kita redha... insyallah semuanya ok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Realiti kehidupan kan sis. Betullah, redha adalah cara terbaik.

      Delete
  3. always..! we should give ourselves ruang sendiri. its okay kadang2 mmg kita ada macam2 question knapa bagaimana semua.. tp insyallah sooner kekeliruan akan ada jawapan. smoga dipermudahkan segala urusan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang kita tak boleh paksa apa yang kita tak dapat berdepan tapi kalau masih ada, cuba sebaik mungkin tanpa emosi. kalau sudah ia pergi, maka ini yang sesuai untuk ruangan sendiri dulu. Jawapan akan datang :)

      Delete
  4. Agree, setiap yang berlaku mesti ada hikmah :')

    http://mylittlestoryi.blogspot.com/2019/01/how-was-my-2018.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Tiada yang tiada sebab. Tapi dunia selalu penuh misteri.

      Delete
  5. Kita kena tabah dan reda dalam menghadapi ujian dalam hidup. Memang rasa susah dan kadang-kadang kita rasa nak putus asa, tapi bila kita fikirkan hikmah di sebalik ujian tu pasti kita akan rasa lebih tenang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak. Itulah yang harus kita buat, jangan putus asa~

      Delete
  6. Salam kenal dari kak nad.. Nad ucap terima kasih untuk awak kerana sudi baca blog kak nad .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam kak nad. sama2~ Nanti ada masa saya datang berkunjung lagi :)

      Delete