#3 Progress dalam dunia blogger 2019




Hari ini masuk hari kedua untuk tahun 2019. Apa perasaan korang setakat ni? 

Adakah kamu masih rasa bersemangat? 

Adakah kamu masih rasa terbeban dengan dugaan sampai ke hari ini? 

Ataupun adakah kamu rasa tiada apa-apa feel pun? 

Apa sahaja situasi yang dialami, itulah hidup kita sebagai manusia. 

Saya? 

Allahamdullilah. Saya masih rasa bersyukur.  Sebab saya dapat rasakan vibe bulan ini mungkin dapat mengubah diri saya dalam mempertingkatkan diri. Paling penting, saya selalu berdoa dan berharap agar semoga hidup saya sentiasa dipengaruhi perkara yang positif.  Tak kiralah masa saya tengah gembira atau sedih,  habit positif dapat temankan saya. 

Penat dah dengan benda negatif sebab saya sangat nak fokus dalam beberapa perkara penting untuk tahun 2019. 

Jadi inilah dia. Masuk hari ke-3 untuk 

Progres dalam dunia blogger.

Satu satunya benda yang saya perlu highlight sebagai salah satu kepentingan dalam harian. 

Saya sedang cuba untuk melatih diri dalam upload artikel secara konsisten. Apa sahaja topik yang ingin dikongsikan. Satu artikel pun tak apa asalkan

Si fifie rajin menulis dan publish di blog 😂

Tapi saya harap tiada apa-apa halangan lagiuntuk kali ini. Saya tak mahu jadi chipsmore blogger. Yang penting niat saya masih ada. Saya sangat nak fokus apa yang saya list azam untuk tahun ini. Inshaallah,amin. Sekarang ini saya cuba banyakkan membaca semula yang berkaitan dengan blogger. Memang payah nak hadam semuanya tapi saya kena juga baca!

Saya ingin belajar macam mana nak buat organisasi jadual untuk blogger supaya tidak menganggu kerja lain. 

Korang yang lain pun mesti ada azam nak upgrade blog, betul tak? 

Ada yang saya baca nak upgrade blogger ke com., ada yang nak rajin blogwalking supaya dapat silaturahim dengan kawan blogger lain,  ada juga yang nak target buat banyak-banyak artikel.. 

Saya nak tahu siapa yang baca artikel ini, apa target korang untuk blogger tahun 2019?

3 comments

  1. Samalah. Akak pun nak lebih aktif berblogging, lebih rajin update blog dengan entri-entri baharu. All the best to you :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you sis.. sedang dalam proses nak rajin-rajin update blog :)

      Delete
  2. x tau lg ape azam utk blog ni..cam biasa tiap2 thn nak kerap update, last2 sebulan 2 entry pun kdg2 payahh..heheh

    ReplyDelete