#8 Pencinta kucing



Saya pencinta kucing.

Tapi sepanjang saya memelihara kucing di rumah, satu per satu kucing saya pasti akan hilang atau mati dari tahun ke tahun. Kucing saya bukanlah kucing parsi, kucing saya bukanlah kucing mahal tapi kucing saya semuanya biasa-biasa sahaja.

Saya masih teringat. Kucing pertama yang kami pelihara ialah kucing betina. Kami panggil namanya "memeng". 

( Tak sangka saya masih boleh ingat..)

Tak silap saya, kucing tu selalu datang ke rumah kami semata-mata nak minta makan. My mom dan sayalah yang selalu hulurkan makanan untuk memeng. 

Dan lama-kelamaan, memeng pun makin jinak dan stay duduk di rumah kami. Dari situlah, generasi kucing turun menurun dilahirkan.

Tapi kalau tak silap saya, keturunan kucing dari sebelah memeng hanya tinggal satu sahaja iaitu "Manchi". Sekarang kucing ni dah bertahan dalam 5 atau 6 tahun. 

Yang lain, semuanya hasil dari pemberian orang. Ada yang kucing dari luar, ada yang kucing pungut.



Saya orang yang tak memilih jenis kucing. Kalau kucing tu comel tak comel, mahal tak mahal, berbulu tebal ke atau tidak..

Bagi saya, semua kucing yang ada di dunia ni sama. 

COMEL! 

Dan kenapa ya diorang selalu buat saya rasa geram setiap hari?? >.<

Saya hairan, kenapa spesis kucing ni memang tak boleh kalau comel. hehehe 

Tidur diam-diam pun comel,

Makan pun comel,

Tengah mandi pun comel,

Duduk diam-diam,  termenung jauh pun comel,

Minta manja...?  Alahai itu pun comel.  :3

Saya memang tak tahan tengok diorang buat perangai.  Ada je gerak geri diorang yang buat saya sentiasa geram.

Sebab itu saya ada habit suka bercakap dan suka cium kucing. 

Dalam satu hari, mesti ada je komunikasi saya dengan kucing. Siap buat macam-macam lagu bila nak panggil nama diorang lol! XD

Tapi memang tak nafi, banyak juga suka duka yang saya lalui bila kehilangan kucing ataupun kucing mati sebab sakit. 

Dari tahun ke tahun, ada je situasi macam ni yang akan berlaku.



Sistem penjagaan kami pada kucing dalam rumah kali ni, tidak terlalu ketat. Kami lebih suka kalau kucing-kucing kami diberi sedikit freedom untuk keluar. Mean semua kucing dirumah ni hidup independent.

Mana-mana kucing yang masih stay, kami akan jaga dan bagi makan. Siapa kucing yang kejap datang dan menghilang,  kami let it go. Dah puas rasa kehilangan dan kematian kucing kesayangan. Tapi kali ni kami banyak belajar redha pemergian diorang :'(.

PS : Nak share gambar-gambar kucing saya, tapi nantilah. Tak sempat pula nak ambil gambar latest. Gambar kat atas tu ambil dari google je tapi memang mirip macam kucing saya.

Korang yang lain, mesti ada pelihara kucing juga kan? :)

14 comments

  1. memang comel semua kucing kan, tapi tu lah akak memang takde bela kucing pun,anak2 nak sangat bela kucing tapi mama dia ni taknak hehehe, setakat bagi makan pada kucing yang datang rumah tu ok la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe tak pe sis. Saya faham. Bukan senang nak jaga kucing. Saya ada 13 ekor dulu. memang payah nak jaga. Kalau dah bab kuat berak di merata-rata tempat, memang sengsara jugalah. Sekarang nasib kucing saya pandai dah berak kat pasir.

      Delete
  2. saya juga memelihara kucing jenis medium di sini
    campuran antara anggora dan persia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow... bunyi macam kucing mahal. tapi orang kata susah nak jaga. kucing macam tu perlu penjagaan yg teliti. kalau tak, ada yang cepat sakit atau mati

      Delete
  3. Kalau nak ada haiwan peliharaan ni banyak komitmen yang perlu diberi. Nak tinggal rumah pun kena fikir makanan diaorang juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. itulah tanggungjawab kalau orang yang nak pelihara kucing. Sekarang kucing saya ada yang kurang da. So allahamdullilah kami masih boleh bagi diorang makan apa yang ada. kerja kucing memang mcm ni, makan je diorang tau XD

      Delete
  4. YEA pun suka kucing jugaaa 😻 Hihi. Ya memang rasa sedih bila kucing yg kita dh sayang tu hilang atau mati. Huhuu. Samalah kita selalu juga bercakap dengan kucing. Kdg2 diorg pun bleh taw kita syg bila rajin layan n ckp2 tiap hari kann

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeahh geng pencinta kucing juga ye. Betul. Kucing boleh tahu siapa yang penyayang kucing. Kalau makin rapat, makinlah diorang manja kat kita :) mmm itulah, bukan rezeki dah. saya dah biasa banyak kali kehilangan kucing kesayangan tapi memang tak sah kalau tak nangis. :(

      Delete
  5. Nice post❤
    https://vanjablog17.blogspot.com/
    Would you like to follow each other? If the answer is yes, please follow me on my blog & I'll follow you back

    ReplyDelete
  6. saya minat kucing tetapi level 1 sahaja..

    kucing boleh memenangkan jiwa

    p/s: pertama kali pergi blog ini saya secara jujur suka stail penulisan begini...santai dan menghiburkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahap level 1 je? mean tak berapa minat kucinglah ni ye. hehehe.
      Terima kasih kerana senang dengan penulisan saya :)

      Delete
  7. kita suka betul dengan kucing.. tapi tak dapat nak bela.. sbb mama dgn adik kita geli kucing.. :(

    ReplyDelete