#7 Stay humble dan keep learning



Perkataan nampak ringkas tapi inilah yang selalu pegang.

Stay humble and keep learning.

Bila-bila masa, kita akan berubah dari hari ke hari yang seterusnya.

Apa yang kita belajar, apa yang kita tahu, apa yang kita mahir, apa yang kita confidentkan, itulah yang akan mengambarkan siapa kita.

Kadang kita akan jadi orang yang paling bijak tapi memandang serong pada mereka yang dibawah. Tapi boleh jadi, ada yang bijak tapi masih bersifat terbuka. Tidak mudah bagi tanggapan negatif dengan orang lain.

Dan sebaliknya, kedua-dua sifat ini boleh jadi pada siapa-siapa sahaja.

Seperti yang saya pernah katakan, manusia sukar diramal. Muka ibarat topeng dan menunjuk banyak tingkahlaku dan pemikiran dari luar tapi belum tentu itulah yang topeng sebenar dari dalam.

Sebelum ini, saya banyak belajar benda-benda yang saya suka dan apa yang saya buat ada. 

"DO WHAT YOU LOVE"

"DO WHAT YOU WANT"

Perasaannya sangat menakjubkan. Kadang kala, saya tak sangka saya boleh buat benda yang mustahil contohnya macam buat application sedangkan itu bukan bidang saya. Semuanya hasil dari pembelajaran.

Tapi saya pesan diri saya,

"STAY HUMBLE". Pilihlah bersikap sederhana. Megah dengan apa yang kita miliki adalah sifat yang boleh buat hati hitam. Bila hati hitam, dia rasa dialah segala-galanya terbaik. Campak kata sinis pada siapa yang dibawah mereka.

"KEEP LEARNING". Kadang kalau banyak ilmu di dada, kita boleh jadi orang yang sombong dan merasakan dirinya sahaja yang betul. Jangan begitu. Ilmu ini luas. Sebesar mana luas yang kita ada, banyak lagi yang lebih bijak. Kadangkala, orang nampak biasa tapi sebenarnya ilmunya lebih banyak yang orang tak sangka.

Perlu ingat,stay humble tapi jangan lupa untuk terus confident!

Saya pernah jadi terlalu rasa rendah diri hingga orang senang ambil kesempatan memperkecilkan apa yang saya buat.

Hingga saya hilang keyakinan.

Jangan pernah expect yang kalau ada orang betul-betul menerima kita. Tapi jika ada, hargai mereka.

Apapun moga tahun ini saya tahu guna perkataan BALANCE!

4 comments

  1. Moga terus stay humble and keep learning dan be strong for those yang selalu pandang rendah pada diri. ^^

    ReplyDelete
  2. Semoga terus berusaha untuk mencari ilmu dan membuat sesuatu yang bermanfaat kepada masyarakat.

    ReplyDelete