#6 Baru nak bersemangat, tapi...



Sakit!  

Bencinya. Bila saya mula nak bersemangat untuk buat something, saya jatuh sakitlah pula. Bangun je pagi tadi,  perut pula buat hal. Rasanya masuk angin. Tiba tiba pula, saya muntah. Padahal saya belum makan pagi lagi.  

Tapi itulah,  saya teringat blog. saya nak konsisten menulis dan publish. 

Semalam saya hanya mampu buat sedikit editing untuk blog saya tapi tak sempat nak tulis dan post. 

Saya harapkan saya dapat buat blogwalking ke,  update post tapi semalam banyak aktiviti yang perlu buat. 

Mmm saya tengah fikir, sayakan dah ada list artikel. Macam mana nak siapkan semua artikel tu? 

Dahlah saya ni pun ada masalah nak menulis dengan cepat. 

Saya plan saya nak cuba buat artikel dalam 2 atau 3 untuk hari ini.  Sekarang saya ada masa lapang, lebih baik saya habiskan masa untuk belajar menulis dan siapkan artikel awal-awal.

Jadi bila nak berblog,  tak payahlah nak sibuk baru nak menulis.  Mana yang dah siap tulis artikel,  tinggal post jelah. 

Apa-apapun harap saya cepat-cepat sihat.. Kalau dah okay,  baru boleh buat semua tu. 

Sekarang ni pun dalam keadaan lemas badan selepas lalui sakit teruk pagi tadi, tapi sempat pula nak menulis. Lol!




4 comments

  1. Replies
    1. Ya itulah sis. Sekarang ada rasa better skit. Tengah usaha :)

      Delete
  2. get well soon. biasa tu cabaran sikit =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, tapi nanti bila dah sihat malas pula nak menulis. hehehe anyway thanks :)

      Delete