#5 Sediakan senarai jadual dan idea konten untuk artikel blog


Sebelum saya mahu melanjutkan aktiviti dalam berblogging secara konsisten,  saya perlu buat 2 perkara penting dulu iaitu

1. MASA JADUAL UNTUK BLOG

Set masa untuk membaca, mencari idea,menulis,mengedit,publish post dan blogwaking.Aduh nampak macam payah pulakan sebab semua perkara diatas perlu ambil masa yang berbeza-beza.

Rasanya bab yang paling payah dan ambil agak lama sikit ialah membaca dan mengolah idea dalam penulisan. Kalau siapa yang cepat membaca dan mudah fahami kemudian mudah pula dalam menulis tanpa banyak fikir, itu memang sah orang yang dah master dalam buat artikel.

Mmm,bilalah saya nak macam tu? Ini pun baru je nak praktis.

2. BUAT PENCARIAN IDEA UNTUK KONTEN BLOG

Bahagian ini saya dah buat research dan ada beberapa tajuk artikel yang saya senaraikan dalam buku.  Kalau tak silap saya, saya berjaya sediakan 15 senarai tajuk blog tapi yang ini khas untuk personal life. Kalau konten kualiti, mungkin dalam 8. 

Wow, amboi fie. Tulis banyak idea tapi mampukah kau nak tulis semua tu? (tanya dengan diri jap.) Tak tahulah Alahai~ Tapi tak apa.  Tulis je idea banyak-banyak. Nanti senanglah nak pilih tajuk post apa yang nak publish. 

Untuk bahagian konten kualiti, selepas saya lama berfikir dan cuba cari keputusan muktamad untuk topik apa yang betul-betul saya nak tulis, akhirnya saya pilih  artikel yang berkaitan dengan..

Menulis dan keperluan blogging. 

Bunyi macam back to basic right?

Sebenarnya saya pilih kata kunci untuk tajuk kualiti dalam blog tu sebab saya anggap macam ni..

Sambil saya belajar untuk memahami pasal 2 benda ni, sambil itulah saya belajar menulis kualiti konten. Macam ibarat tulis nota sekolah. Buat research, baca kemudian tulis didalam buku supaya boleh ingat.

But this is really useful for other people. But its useful for me too.

So untuk tajuk konsep artikel yang lain, saya tak nak sentuh. Saya mahu fokus bahagiaan ini sahaja dulu.

Padahal masa saya bergiat dalam dunia blog dulu,  saya suka share post berkaitan benda-benda positif. Ada beberapa tajuk artikel yang masih saya simpan di dalam buku diari lama saya.

So wish me luck. ~

P/S : Korang ada buat jadual blog tak?  Kalau korang ada tulis artikel pasal ni,  boleh tak share link blog kat komen.  Manalah tahu saya boleh belajar dari sana untuk kemaskan lagi jadual blog saya. Tq

4 comments

  1. Tak ada, cumanya mencari ideas challenge di pinterest dan make your own version. hee~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmmm kalau begitu cari idea kat sana lah. thank u ~

      Delete
  2. Ada buat jadual, tapi x dapat ikut 100%. Selalu kantoi, hihihi. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita. Saya dah tulis jadual. Topik masih dalam menulis lagi.. tapi kalau ada situasi tak dapat elak, tak dapat juga post. :(

      Delete