#1 Esok nak tahun baru, baru nak update blog !





Untuk pembuka kata dalam blogger ini, saya ingin mengaku satu benda pasal diri saya. Saya memang satu satunya perempuan yang suka sangat menghilang dari radar dunia blogging. Dah nak hujung tahun, baru nak update blogger yang telah lama usang😅

Aduhai fifie. Betullah pepatah singkat untuk diri saya iaitu


chipsmore girl blogger”. 


Yang bermaksud orang yang akan muncul dalam dunia blog, tapi selang beberapa hari selepas itu, saya menghilang lagi. Maka blog pun makin terabai. Itulah kesilapan  yang saya selalu buat. But its okay, its time to refresh back. Bila saya datang jenguk ke blog saya dan baca semula semua post2 yang saya share dulu. aduh, rindunya..


Rindunya nak menulis.


Rindunya nak membebel pasal apa saja. Saya baca balik pasal periuk hampir terbakar gara2 saya terlalu fokus dengan lappy konon.. lucunya! Nampak sangat kau cuai kan fie 😂

Then lagi, saya rindu nak design blog cantik-cantik. Tapi inilah perangai, bersusah payah nak cantikkan blog dulu, siap bersusah payah nak tukar nama blog tapi yaallah.. geramnya dengan diri sendiri! Geram sebab jadi chipsmore girl..

Paling last sekali saya update my blog, bulan 4 2018. Masa tu, saya dapat idea bagi nama blog saya. Siap tukar url blog ke com, tapi lepas tu saya stop dari menulis post.


Oh carly.. kenapalah kau macam ni 😩 mengeluh jap*


Tak apa. Saya cuba lagi nak menulis. ( Aminkanlah si fifie rajin update blog. Tahun 2019 dah ni fie..)

Sebenarnya tahun 2018 adalah tahun yang sangat mencabar bagi saya

Saya mengalami krisis turun naik turun naik dalam menempuh dunia dugaan. Jadi sebab itulah kenapa saya menjauh dengan dunia fantasi blog. 

Siapa yang tahu pernah menjenguk ke instagram saya,. Kamu boleh nampak saya jarang update insta dan yes sebelum ni saya sedang sibuk dengan kehidupan harian contohnya buat app dan sibuk beberapa benda lain tapi saya ni jenis tak berapa nak share sangat. Suka buat silence-silence. lol.


oh ya, saya tak sangka yang saya rasa pengalaman ini lagi di tahun 2018.. 


Ada seorang charming man ni yang datang selamatkan saya dari dunia slogan kata, single forever (amboi !! hahahah) Bayangkan buat sekian lamanya saya tak pernah terima orang lain dalam hidup saya, tak sangka dia pula yang pandai pandai buka kunci pintu hati saya. (Eh, nantilah cerita pasal ni untuk next post. Itupun kalau rasa ada mood nak share sebab saya kan jenis yang tak suka sharing detail about anything pasal diri saya)


Tapi dalam 365 hari untuk tahun ini, hidup saya tak lah sepenuhnya nampak bahagia dan taklah jugalah nampak orang yang ada kehidupan sempurna. 


Separuh dari hari-hari yang orang tak nampak, saya sedang bergelut dengan amcam-macam situasi.


Jatuh, bangun, fighthing, struggle, deep inside, dan macam macam lagi kata kunci yang saya boleh labelkan untuk diri saya dalam melalui detik detik saat itu.


Saya ingin mengakui satu benda. Saya seorang perempuan yang suka memencil di ruang kecil dan saya juga seorang yang suka memendam banyak pengalaman hidup samaada baik atau buruk yang berlaku dalam hidup.

Tahun 2018, tahun dugaan yang sangat besar bagi saya dan orang lain tak nampak kecuali tuhan.

Tapi tahun inilah tahun yang banyak membuka mata tentang diri saya sebenar . (thank u, god :')) Memandangkan saya seorang yang memang ada masalah komunikasi dan lebih prepare kepada bercakap melalui kata kata penulisan, so saya terfikir untuk memilih blogger adalah tempat yang paling sesuai untuk diri saya bercerita semula. 


Sebelum ini, saya lebih banyak menulis diari di app phone atau buku. Tapi kali ini, saya mahu belajar kongsi sedikit apa yang saya nak share pasal kehidupan saya atau any thought about anything. 

Maybe blogger saya ni, saya akan setkan topik apa yang betul betul yang saya nak tulis. Tak nak jadi macam dulu lagi. Binggung binggung, stress fikir pasal apa nak post. So saya akan makesure untuk decide betul2. Sebenarnya buat masa ni confident saya tidaklah tinggi mana untuk dunia blogger😅 

Saya trauma dah dgn sikap chipsmore yang pandai datang semula tapi saya akan cuba belajar, perlahan lahan untuk share apa yang bermain difikiran saya.


Sebelum mahu melangkah ke next stage yang lebih besar, mulakan langkah dari basic semula. Nak jadikan blogger sebagai platform yang boleh buat artikel bermanfaat untuk orang, kemudian mula ke step yang boleh buat income


Fie.. Belajar rajin menulis dulu dan rajin post blog lol ! (marah dengan diri sendiri ) 

Oh ya, saya nak update blog dulu.


Anyway, say hye untuk semua kawan2 blogger.

7 comments

  1. takpa.. asalkan update. hehe

    ReplyDelete
  2. Terus bersemangat dan berkarya ya..

    ReplyDelete
  3. salam tahun baru.. ihi semoga tahun ni x hilang diri selalu sangat =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat tahun baru juga. amin amin... Ini pun baru start semula. :)

      Delete
  4. hehe.. sama, saya pun begitu ^_^ salam kenal ya dari Indonesia :)
    >> http://hibaten.blogspot.com/

    ReplyDelete