5 Sebab si dia curang !





Sekarang ni, isu2 curang memang banyak da viral. Rata2, dari minggu ke minggu, pasti ada berita gosip baru tentang curang tak kisahlah laki ke perempuan. Bila ada masa, saya selalu scroll2 kat facebook. Saja nak tahu perkembangan orang lain atau nak tahu pasal isu2 harian. Majoriti post yang saya nampak, ialah kes cerai sebab ada orang ketiga atau putus hubungan sebab khawin senyap2 dengan scandal! 

Kadang2 kita tertanya2, kenapa si dia mesti curang padahal kita da buat terbaik untuk jaga relationship dengan baik. Perkara macam ni bukan hanya untuk orang yang belum kawin je, yang dah kawin pun belum tentu dialah orang yang bakal hidup hingga akhir hayat. Payah nak jumpa pasangan romie and juliet :p. Mungkin ada tapi hanya segilintir je cumanya kita tak nampak. Musim selalu berubah mengikut emosi dan keadaan. Ada yang bertahan lama dalam relationship, ada yang baru 3 bulan kawin da putus..


Persoalannya kenapa pasangan kita curang?


1 - TAK MATANG

Kalau korang dapat nilai orang tu matang ke tidak, beruntunglah korang. Selamat dari dunia penipuan. Tapi kalau tak, korang bakal berdepan dengan kecewa. Semua ni lihat dari cara orang tu berfikir dan bertindak. Bukan hanya cakap manis di bibir, tapi lain pula yang jadinya. Trik orang tak matang ni lebih suka tunjukkan rasa kasih diorg melalui kata2. Pancingan untuk tarik hati kita. Itu yang bahaya. Pastikan hati kita bijak dikawal. Bercinta guna hati, mesti bijak guna otak juga.


Soal matang bukan tengok dari peringkat usia. Sebab mengikut pengalaman cerita , orang tu tua ke, muda..tapi jiwa tetap ada yg sama. Masih teringin nak pasang satu lagi.!

Kalau yang muda tu, kita boleh terima lagi kot sebab baru proses nak rasa dalam dunia taiko nak pasang sana sini. Pengalaman pun masih kurang nak merasa jalan alam percintaan yang salah. Tapi yang dah tua tu yang buat saya berfikir panjang. kenapa masih nak pasang satu lagi? mmm... 


2 - IMAN TERGOYAH !

Awek/jejaka lalu.


Hati berdebar2. 


Terpesona dengan keindahan.  


Cepat2 geleng2, "jangan! Aq da ada partner." katanya dalam hati.


Memang "wowww" la kalau benar si dia berfikiran macam ni. Macam mana hot pun lelaki ppuan tu, hati tetap pilih yang satu. Itu pun kalau betullah dia mampu nak tahan iman. Maklumlah kalau bila partner ada kekurangan yang dia tak suka, tak mustahil bila terjumpa benda baru didepan mata, diorang kata, peluang beb peluang ! Ini salah satu kes yang selalu berlaku kenapa ramai orang akan curang. Apa lagi bila terkena dengan banyak godaan luar, memang tak selamatlah hubungan yang lama dibina. Hati2, pastikan mata pasangan korang hanya nampak kamu je dihati dia. Kalau tak, bak rotan kat mata dia supaya tak berani nak buat hal..hehehe :P

3 - CEPAT BOSAN


Orang yang jenis macam ni memang tak boleh nak bawa hubungan yang serius. Kenapa? Sebab korang da buat baik ke, korang da buat jahat ke, kalau mood da bosan., bye wak, halo new one.! Susah nak ramal orang macam ni sebab kita tak dapat nak faham apa yang dia nak sebenarnya. Mood terlalu mudah berubah. Jadi hati pun sekejap rasa sayang sangat, sekejap pula rasa suram je relationship korang. Kalau kena g pasangan yang cakap sepatah2, payah !


Lagi orang macam ni, lebih baik korang jangan buat perangai. Kadang2 ada yang diam2 je, esok2, dalam phone dah banyak wicet2 kat orang lain. 




4 - BILA RELATIONSHIP SELALU ADA PROBLEM..

Bila relationship selalu ada problem, jangan terkejut dia akan memilih untuk curang dalam diam. Malas nak fikir pasal partner yang asyik bawah bergaduh je, so diorang pun fikir "baik aq cari yang lain." Inilah yg selalu terjadi bila pasangan tengah dalam complicated. Masa-masa begini banyak yang memilih jalan yang salah sebab diorang rasa cara macam ni boleh hiburkan hati mereka. Boleh fixkan hati mereka yang terluka. Padahal sebaliknya boleh bertambah hancur perasaan kedua2 pihak. Kalau si dia dah mula buat perangai tak ambil kisah nak perbetulkan keadaan, jangan terkejut titop da ada partner baru.:/



5 - TAK TAHAN DENGAN PERANGAI PASANGAN !

"Kenapa awak buat saya macam ni? Kenapa mesti pilih dia?.."

"Saya tak tahu.. Mungkin hati saya da tawar kat awak."


Kot bila je dengar kata-kata macam ni, rasa macam nak hancur je jiwa terpendam. Si dia pilih untuk berlaku curang mungkin sebab ada sesetengah perangai partner tu, dia memang tak boleh terima kekurangan. Misalnya relationship da setahun, tapi si dia mula keluarkan sikap acu tak acu. kot bosan ke tau mood da berubah. Bila berbual, jawab pun cuma sepatah2 je. Dah bila dia rasa bosan, mulalah melayang2 jiwa kat scandal baru. Nak salahkan siapa? Anggap je lah tak de jodoh.


Sebab yang lain pula, maybe si dia tak tahan perangai partner yang terlalu suka mengongkong, sikit2 marah..sikit2 merajuk. Manusia pun ada limit nak bersabar. Sekuat mana pun nak kata cinta tapi kalau emosi da melebih batas boleh hilang semua kuasa perasaan tu.


Disinilah peluang si syaitan datang ambil kesempatan, lalu berbisik "jangan risau, boleh pilih-pilih yg lain lagi. Yang penting pandai cover line".


Nampak tu? Pengaruh tak semestinya dari pengaruh luar, tapi bisik2 begini pun boleh retak hubungan kita.   





PS : Walaupun yang sebenarnya saya masih single lagi, tapi memandang kan mood hari ni rasa nak bagi tips pasal love, ( just prepare untuk akan datang hehehe), so maka tertulislah topik untuk hari ni. :p

4 comments

  1. Nice sharing!! spesis curang2 ni memang sewajarnya dibasmi hahah
    .
    Thanks for visiting my blog :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmmmm betul2. tapi nak basmikan atau hapuskan ni memang payah. Sana2 sini playboy/playgirl dalam diam2. so kena hati2. (peringatan utk saya gak.) hehehe

      Delete
  2. Thank for sharing .. lelaki ni memang banyak yang berbuat curang dan menyayat hat. But not all.. Banyak lelaki yang masih setia bersama pasangan nya. Haruas hati-hati memilih pasangan jangan sampai kecewa dan sakit hati.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, itulah yang saya katakan. Kita susah nak tahu hati lelaki/perempuan samaada ia akan setia atau tidak. Dunia selalu berubah mengikut musim. Bila ditimpa dugaan, tak semua akan terus stay lama dgn pasangan, padahal kita nampak seolah2 dialah segala2nya. Apa2pun doa dan kena perlu berhati2. Sang romie mmg wujud tp susah nak nampak skg.hehehe,

      Delete