TIPS : 5 cara nak sentiasa bersemangat !





Kadangkala bila kita nak start buat kerja,  tetiba badan pula terasa lemah sangat.  Letih, penat sampailah tak de semangat nak buat kerja.! Bila kita berada kat tempat kerja/ kelas, still rasa mood tak on.  Dan sinilah yang buat kita rasa macam soul melayang-layang terbang tapi badan masih kat bangku tempat kerja/kelas. Macam bunyi dead inside,right?

Semua orang benci perasaan macam tu.!  Sebab segala aktiviti yang kita nak buat akan STOP. Kalau sebelum ni, bukan main semangat nak buat plan, siap tulis kat note comel2 dengan tarikh yang ditentukan. "Nanti nak buat itu,  nak siapkan ini.." Tapi bila nak start buat benda yang dah dirancang, bangun pagi esoknya, kita jadi orang yang tak produktif.  Damnn! Mood low battery. Terus mesti kita mengeluh lagi, 

" mmmm... malasnya nak g kerja/kelas".

Kita cuba bangun dari katil tapi aura malas da jadikan kita rasa berat badan dah =_=

Terus mulalah rasa stress.. 

So apakah tips supaya kita nak bersemangat setiap hari?

1 - PALING PENTING, JANGAN TIDUR LAMBAT DI SEBELAH MALAM.

Punca tak cukup tido ni boleh buat tenaga badan kita lemah! Kita sudah tau,  hidup kita perlu disarankan supaya tidur 7 8 jam.  Tapi kalau kita tido hanya dalam masa yang singkat,  3 4 jam., itu yang blh  menjejaskan kesihatan badan. Bukan itu jak, mood kita pun jadi negatif. Kalau boleh,sebaiknya kerja yang banyak tu janganlah buat sampai larut malam. Itulah bila bangun awal pagi kita rasa tak cergas. Balik-balik nak badan kita tido je.

 Lepas ni, kalo boleh korang perlu buat set time, limit utk buat kerja. Nak jadi produktif dengan kesihatan badan yang baik, mesti kena bijak atur kerja ikut masa yang sesuai. 

Cara macam ni memang sangat penting! Sebab ini yang dapat menjamin untuk kita terus bersemangat pada hari-hari yang seterusnya. Kalau korang lewat tido disebabkan having fun malam2 atau main game or aktiviti lain,  sebaiknya buang habit macam tu kalo nak kekal semangat seperti biasa

2 - JANGAN BENARKAN FIKIRAN NEGATIF MASUK DALAM MINDA 

Apa yang kita lakukan memang ada kaitan dengan cara kita berfikir.

Sebab apa yang kita fikir samaada positif atau negatif,  itu yang memberi reflek balik ke dalam diri kita.

 Bayangkan bila bangun pagi,  bersiap-siap nak pergi kerja atau nak ready p study kat universiti, tapi fikiran kita masih teransang dengan benda-benda negatif. 

Mungkin sebelum ini,  Kita jadi begitu disebabkan kita telah mengalami hari yang teruk.

 Mungkin bertengkar dengan partner,.. 

mungkin korang bergaduh dengan kawan yang selalu buat hal,.. 

 mungkn banyak kerja tak siap.. 

 Semua ini kita kena cuba usahakan supaya dapat tukarkan fikiran jadi positif.  Sebab positif selalu berikan kita aura semangat yang baik! Dan secara automatiknya kita bersedia untuk melakukan kerja dengan semangat. 

3 - CARI ORANG YANG SELALU BERMOTIVASI UNTUK BERSEMANGAT 

Dengan siapa kita bergaul selalunya akan bawa pengaruh pada diri kita.

  Jika berapat dengan kawan yang rajin dan bersemangat,  lama-lama pengaruh baik itu akan kita dapat dalam diri kita.  

Tapi jika sebaliknya,  maka kita pun akan jadi begitu. So kita kena bijak memilih kawan untuk menjadikan diri kita sentiasa bersemangat. Bila kita ada masalah yang tidak produktif,  merekalah bakal mengingatkan kita untuk bangun dan menyelesaikan masalah dengan baik. 

4 - BACA QUOTES SETIAP HARI

Bila korang taip "quotes be ensthiusiasm" di google,  maka banyaklah topik-topik atau gambar-gambar yang dipaparkan.  

Bagi yang benar-benar menghayati quotes bila dibaca,  ia akan terus membantu untuk kita berfikir dan melahirkan rasa semangat dalam diri.

Korang banyak-banyakkan baca quotes itu berkali-kali. Save gambar dalam phone,  dan bila ada masa korang baca balik.  Atau korang letak satu quotes yang betul-betul korang suka tu, letak kat depan screen phone. Atau juga korang boleh beli di mana-mana gambar quotes kemudian tampal diruang tamu atau di bilik.  Semakin kita ingat quotes tersebut,  semakin itu kita jadi lebih bersemangat.! 

5- LOVE WHAT U DO

Perasaan suka dengan apa kita buat ini akan selalu membantu kita untuk take action dengan segera tanpa berfikir panjang.  

Jadi pastikan kita mesti enjoy  dengan apa yang kita buat.  Ia menjadikan kita lebih produktif. Walaupun berat mana kerja yang kita lakukan tapi perasaan ini akan selalu mendorong kita untuk menyelesaikan segala kerja tanpa rasa mengeluh.  Kenapa?  Sebab kita suka dengan kerja kita. Maka semangat itu akan terus menyebelahi kita menjadikan kita kelihatan cergas setiap hari.


# May God always our life

9 comments

  1. nombor 3 dan 5 tu sangat penting

    ReplyDelete
  2. nice tips! sebab selalu semangat awal-awal, nak buat itu nak buat ini.. dah halfway nanti mula rasa malas.. thank you!


    too much drama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebelum ni memang saya yang selalu macam tu XD Tapi harap kita semua terus mencari semangat. Tanpa motivasi, kita susah nak buat apa yang kita nak capai :)

      Delete
  3. setuju dgn nombo 1. sy ni jenis susah nak tidur tapi mudah terjaga. bila sy dah berjaya tido then ade manusia yg buat sy terjaga perghhh memang hangin gak lah kann. sobss. sbb sy nak tidur balik susah lps terjage tu. huwaa. jadi sy tak cukup tidur and esok mula lah pening kepala and no mood nak buat apa pun the whole day. >_<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang... iya pula. sis ada budak kecik nak jaga kan. So memang susah nak dapatkan tidur yang cukup. Memang cabaran kalau dah bergelar ibu. Saya pun terfikir gak, macam manalah nak handle semua tu.. Maklumlah saya ni belum kawin sis. huhuh. Tapi itulah orang selalu kata pengorbanan ibu sangat tinggi..

      Delete
  4. Tido lambat ni memang bagi kesan dekat badan kita. Bila tak cukup tido mula lah malas dan tak bersemangat. So kena jaga time tidur betul2.

    Fikiran negatif kena usir cepat2. Kalau tak menjadi2 hasutan dia ye. Hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis... Saya lah tu selalu lambat tido kekadang XD Skg nak praktice da skg supaya tido ikut time yang betul. Negatif tu kin mood tak best.. Hari2 kin mood malas je..huhu

      Delete