Tips : 5 cara nak mood rajin untuk blogging




Masa mula2 first time nak masuk dalam hidup dunia berblogging dulu, bersemangat bukan main lagi. fefeeling rajin katanya. Siap sanggup belajar macam macam benda dalam bab blogging. Salah satunya, bila sentuh pasal design blog ! Part ni memang banyak favourite blogger macam saya .hehehe. Tapi bukan sebab itu jak, ada juga yang semangat nak berblog pasal nak try cari income dari blog. Well, memang itu yang semua orang nak buat. Mungkin mereka betul2 ada kemahiran nak menulis so why not try ambil blogging untuk sebagai part time atau full time dalam blog kan.

Tapi...

Hakikat dan realitinya...

semua perasaan fefeeling2 rajin dan semangat tu hanya  sementara jak. Baru 1 bulan , mood yang membuak buak tetiba rasa malas da nak update blog. Ahh, nampak tu.. Angin da berubah macam al kisah saya gak. (*beng* ,terasa jap!) Saya tak rasa segan nak kat saya ni memang blogger chipsmore yang sekejap ada, sekejap hilang. Dalam satu bulan, satu 1 kali je muncul. Tapi semua orang ada kelemahan dan kesilapan. Yang penting, jangan berhenti walaupun banyak bercuti :p Disebabkan saya nak aktif semula dalam dunia berblog, so ada patutnya saya perlu post pasal tajuk ini. Tak pe, kita sama2 belajar untuk perbaiki apa yang kurang.

 So first step..

1 - FIKIR KENAPA SAYA NAK BERBLOG?.

Sebagai pemula dalam dunia blog, kita kena ada satu soalan yang patut kita pegang dari mula2 lagi

Kenapa saya nak berblog?

Then korang fikir lagi, mana satu yang korang akan pilih. Sebab nak buat duit dalam blog? Atau sebab saja2 nak share story macam diari life. 

Majoriti ramai yang akan pilih nombor satu sebagai tujuan utama dalam berblogging. Siapa yang pilih nombor dua tu, memang sah jadi kes macam saya dulu. Blogger macam ni kemungkinan besar akan jadi blogger chipsmore bila nak update post. Tapi tak semualah. Kot memang betul ada yang memang rajin nak berblog walaupun stakat niat nak sharing story kan.

Tapi apa saja keputusan korang, pilihlah dengan betul supaya kita tetap konsisten nak update blog. Fikir masak2 dengan apa yang korang buat. Apa kebaikan dalam blog ni sampai korang boleh jadi semangat nak berblog. Dari satu niat saja, boleh tentukan arah posisi kita nak menuju ke mana tapi semua ini perlu ada take action. Bukan hanya setakat simpan niat je ye fy..:p

2 - CARI INSPIRASI BLOG YANG KORANG JADIKAN IDOLA


Sekarang ramai dah yang mahir dalam dunia berblog. Ada yang dah master dan kreatif tentang selok belok tips2 blog. Ada yang bila korang sebut je nama orang tu, korang da tahu dialah blogger yang paling famous banyak follower ataupun blogger paling kreatif dalam bab penulisan. Setiap bloggger yang korang kunjungi, pasti diorang bawa identiti mereka sendiri.

Korang pernah ada tak, kata..

"wahh..cantiknya blog dia ni.."

"Wahh..interestingnya baca artikel ni.."

"Wahh..banyaknya income yang dia dapat ni, macam mana dia boleh berjaya dalam blog?"

"Wahh.. Rajinnya dia share artikel. Hampir setiap hari.."

Banyak lagi reaksi2 yang bakal korang akan bagi. Dari sinilah korang pilih mana satu blog yang mencuit hati korang.

 Ingat nama blogger yang korang minat dan rajin2lah banyak berkunjung ke blog diorang supaya hati korang tu akan selalu excited dan rasa bersemangat nak selalu berblog

3 - BIJAK SET MASA

Percayalah.. Kalau korang tak ambil kisah tentang hal ni, korang akan bakal jadi blogger chipsmore. ( Balik2 saya sebut perkataan ni padahal realitinya, saya yang macam tu. lol~) Ikut pengalaman saya, kenapa saya jadi blogger chipsmore sebab saya ni kerap busy dengan benda lain sehingga rasa tak ada masa. Memandangkan saya lebih suka dengan belajar app, jadi saya lebih suka habiskan masa dengan buat perkara itu jak padahal boleh pun bagi masa dengan blog kan. kadang2 sebab malas sebenarnya :p

Dulu saya suka post artikel ikut masa yang saya suka je.. So bila dah macam ni, memang sampai bila2 pun tak mahir nak balancekan masa berblog dengan benda yang saya nak fokus.

Apa yang perlu kita buat.. Set masa !

 Tak reti nak buat macam mana, baca tips2 tentang hal ni . Samaada korang nak buat set masa belajar dari baca tips2 ataupun ikut je kreativiti korang dalam penyusunan tentang masa, terpulang pada cara masing-masing. Janji setiap hari korang perlu latihkan diri ikut step yang perlahan-lahan.

#JUST BEGIN WITH SMALL STEP

4 - ANGGAP BLOGGER SEBAGAI TEMPAT MENIMBA ILMU


Siapa yang suka membaca tu, korang pasti faham. Blog ni banyak dengan informasi bentuk penulisan. Tapi yang upgradenya, ada video, ada gambar, ada komen2 g. Hehehe.. Berbeza dengan buku. So tempat ni sesuai untuk mereka yang suka nak membaca, nak menimba ilmu dan share story. Ada yang tak suka membaca ke dalam blogger ni? Mustahil, blog takkan "menjadi" kalau korang tak resap minda korang dengan ilmu membaca.

Korang cuba anggap blog ni macam buku. 

Biasanya kita cari benda yang berkaitan dengan ilmu, mesti dari buku. Tapi kali ni, kita belajar timba ilmu dari blog pula. Taip je "tips nak berblogging." maka keluarlah link topik dari mana2 blog ataupun website. Sekarang, memang dah ramai yang suka share ilmu secara terbuka.

Semakin korang rasa blog ni memang berguna dalam menimba ilmu, kita jadi semangat nak belajar mencari ilmu atau kita sendiri yang share ilmu kat orang.


5 - "SAYA NAK JADI ORANG YANG MAHIR CARI INCOME DARI BLOG "





Siapa fikir macam ni? Of course semua orang pasti tak nak lepas peluang rezeki yang ada. Kita da nampak dari pengalaman otai-otai blogger. Ramai yang da berjaya merasa duit dari iklan adsense, dari duit bisnes blogger dan banyak lagi. So siapa yang tak nak kan? 

Jadi kalau korang memang percaya yang blog ni boleh buat income dengan usaha gigih, automatik korang akan jadi lebih aktif ! 

Mesti korang bersemangat nak belajar banyak benda tentang strategi untuk jayakan blog korang. Anggaplah blog ini sebagai tempat korang kerja part time. Memang susah untuk kita nak dapatkan approve dari adsense tapi nak dapatkan income dalam dunia blog ni bukan itu jak, tapi banyak. Makin korang rajin explorer kat google ni taip "cara nak buat income blog", makin tu banyak cara yang korang akan jumpa.














15 comments

  1. Hahaha berblog hanya untuk tujuan nak menulis cerita hidup sendiri hahaha macam diari kekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn??? hehehhe tapi diari jenis terbuka yang semua orang boleh baca. Biasanya diari kan privasi. well, Semua orang boleh beranggapan apa jak tentang blog. masing2 ada hak nak menulis dan nak letak niat anggap blog ni sebagai apa. Janji content article jangan terlalu di luar batasan.. hehehe

      Delete
  2. Sesaja nak share aktiviti yang dilakukan.
    manalah tau ada manfaatnya.
    Langsung tak terfikir untuk tambah income.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua ada niat masing2.. tapi tips di atas hanya nak bg pendapat supaya semangat nak berblog. :)

      Delete
  3. hehehehe
    jadikan hobi sebagai perkara menyeronokkan dan bukannya tekanan kepada diri sendiri
    hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhehe betul2... jangan pressure2 macam saya sebab gara2 pasal penulisan jak XD tapi so far, okay jugalah. start da nak mood rajin berblog. ( iye ke saya rajin? XD ) hope niat belajar dan belajar tu tak lari. jadikan blog sebagai buku.

      Delete
  4. Bagus info Carly.. Sis suka blogging sebagai hobi dan share apa yang terlintas di fikiran.. Suka cari kawan baru dan baca kisah-kisah di blog mereka.. I love blogging.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sis. Blog banyak membantu kita simpan banyak moment atau info berguna. Then pula kita senang nak lihat pengalaman2 blogger lain yang menulis. Kalau sis dah memang orang yang benar lover blogger, x mustahil sis ni jenis yang rajin update post. Itu yang bagus :D

      Delete
  5. I love blogging because I love designing my blog lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahhahaha.... i feel u girl. XD Sebab yang sebenarnya saya pun suka berblog sebab nak main design2 blog. Itu memang realitinya. Nasiblah tak tahu bab coding sangat, kalo tak, habislah blog jadi mangsa.

      Delete
  6. bila ada idea kena cepat2 tulis kan :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Well, terpulang.. kalau sis rajin, cepat2 tulis kat dalam blog.. Kalau tak, simpan idea dalam buku.. buat list, ada masa baru post :)

      Delete
  7. i berblog sebab ia merupakan rutin & nak berkongsi cerita ttg kejayaan dengan silent readers .
    salam perkenalan dear ..nice blog u got here

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusla kalau sis ada mindset macam tu. anggap blog sebagai rutin then share pula story2 kejayaan. Saya ni sis masih lagi nak latih diri tuk anggap blog sebagai rutin. Sebab yang jadi rutin, biasa rajin jenguk fb atau insta..huhuhu

      apa2pun sis salam kenal juga... :)

      Delete
  8. tudiaaa, ada cara dia nak ada mood rajin blogwalking hahaa nice! btw help
    me please http://purrrhana.blogspot.my/2018/04/tolong-saya-pleaseee.html

    ReplyDelete