Inspirasi buat tangan nak menaip balik !




Saya tahu, sayalah blogger paling chipsmore kat sini. Korang boleh je tengok kat blog achieve tu. Semuanya baru 11 post je saya letak kat dalam blog ni? Aiya fy.. Mana da menghilang?

Soul jiwa nak berblog tu dah terbang ke? *Toink*

Sendiri yang bagi kata sinis lol.

Mmm, padahal sebelum ni saya rajin nak menulis. Siap buat cerita sendirilah ( Tapi setengah jalan je yang siap ), then padam. Post2 yang dulu pun, ada setengah yang saya buat, then padam gak. Sayangkan :'( Asyik peningkan kepala dengan belajar app, app, app.. Tak de pula nak bagi masa dengan blog.)


Mungkin sebab tahun lepas saya memang tak serius sangat nak berblog. Setakat sharing2 story skit, stakat untuk promo hasil kerja project app.. Boleh katakan berblog hanya untuk  personal blogger .. CHIPSMORE !


DAPAT ILHAM MENULIS..

Tapi setelah saya dapat inspirasi, akhirnya saya buat keputusan dengan nekad. Saya nak mula berblogging semula. ( Tolonglah kali ni target achievement tuk blog pula !) Sekarang saya banyak buat research dan prepare list dalam buku untuk curi2 masa buat artikel post. Allahamdullilah tak sangka tangan masih boleh menaip dengan baik tapi ada satu perkara penting saya nak belajar.


 Macam mana nak menulis dengan penulisan bersahaja?


Soalan ini yang saya fikir dulu. Saya tengok blogger2 yang lain, relax je guna bahasa santai. Tapi saya? Makhai. kadangkala ayat2 skema pandai keluar ni masa nak menaip. Itu buat saya agak pressure bila baca balik. Kalau boleh, saya teringin sangat nak mahir menulis macam diorang. Anggap macam kita sedang menulis diari atau kita sedang bercakap tapi semua informasi ditulis dalam bentuk penulisan

Well, saya rasa saya perlu ambil perhatian tentang bab ni. Kenapa? Mesti korang fikr sebab nak senang nak tarik ramai pembaca. Itu... memang betul! hehehe. Tapi sebenarnya bukan itu yang saya fikir dulu. Yang saya fikir, 

" Macam mana nak menulis dengan bersahaja supaya saya tak rasa terkongkong. Bila menulis tak banyak fikir masa nak taip guna ayat apa, saya tulis sempoi je. Chill. Yang penting simple dan orang mudah faham." 






Mood kita pun rasa macam selari je dengan tangan yang rancak nak menaip. So semangat nak menulis tu akan terus on ! Itulah pentingnya nak timba ilmu penulisan. Nak start dari bawah balik, bukan hanya setakat fikir topik apa yang perlu dipublish, set masa bila sesuai nak post tapi penulisan ni pun kena diasah. Kalau penulisan tak menarik, saya jamin orang lain pasti akan pandang sebelah mata jak.mmm.

CARI INSPIRASI DARI BLOGGER LAIN..

Sebelum ni, saya banyak cari informasi2 dalam mana2 web atau blogger. Macam2 jenis penulisan yang saya nampak. Ada yang skema, Ada yang sempoi mix dengan beberapa ayat2 lucu. Kalau dibagi pilihan, mana satu yang saya nak baca? Confirm saya pilih content yang penulisannya mudah difahami dan senang baca. Tak terlalu banyak ayat skema, tapi kadang2 masih boleh selit2kan ayat macam tu. Kalau tak de jenaka pun, tak apa. Yang penting bila kita baca, irama minda kita tu senang nak masuk masa membaca. 

So itu yang buat saya terfikir lagi. Saya nak mula serius dalam blog tapi kalau part ini saya tak ambil berat, Confirm saya akan jadi malas nak menulis lagi , Lol! Serius, itu yang boleh buat blog jadi sepi je. Kalau ikutkan, memang bab yang paling sakit kepala nak fikir tu bila soal nak dapatkan idea tuk menulis. Tapi kalau dapat idea pun, bila start jak bab penulisan... ahh, situ yang tangan keras nak menulis. Perah otak bersungguh2 nak fikir ayat apa yang nak diguna tuk ulas topik, macam mana nak terangkan dalam version style kita sendiri. Bersungguh2 punya bersungguh, akhirnya tetap ada bunyi skema gak !  

DULU2, MEMANG TAK PRO NAK MENULIS..

Macam ada satu artikel yang pernah saya buat tu, saya ada simpan sampai sekarang. Bila saya baca balik, wowww... memang ada yang sempoi tapi banyak pula ayat berbelit2 macam kunun2 bunyi sastera tunggang terbalikla katakan, lol ! Itulah.. memang susah kalau nak buat penerangan dengan topik yang casual. contohnya tips2 motivasi, tips berblogging.. Kalau topik personal, lainlah cerita. Relax je macam tulis diari. Tapi yang payahnya personal ni susah nak cari idea topik. Saya ni jenis yang kurang sangat nak cerita pasal diri saya kecuali bab project2 app je. Masih tak confident katanya.. 

So better buat masa ni saya nak fokus topik2 yang bermanfaat luk. Manfaat tuk saya, manfaat tuk reader juga. 

So korang, boleh tak share macam mana nak master dalam penulisan bersahaja? Sekarang, saya tengah search2 gak kat mana2 blog, tapi nak juga minta pendapat korang..

Btw, saya tukar da template. Untuk sempena 2018 dan supaya untuk rajin berblog katanya. Tapi entah betul ke tak, kita tengoklah macam mana.. :/


Ps: Maaflah kalau post ni agak panjang. Saya sedang berlatih nak tulis panjang2. Bukankah itu yang google suka? hehehe




25 comments

  1. Replies
    1. Ikut gerak hati ? Okay... Thank u :)

      Delete
    2. welcome
      sebab setiap orang ada gaya penulisan sendiri
      so kena ikut gerak hati
      kalau ikut orang kita tak ada identiti dalam penulisan kita sendiri

      Delete
    3. Kan??? Itu yang saya nak belajar. Saya rasa tertekan bila nak buat penulisan yang berhati2..kadang2 terskema, terbelit2. Kali ni saya harap saya dapat buat penulisan ikut gerak hati yang macam awak kata. Saya suka baca penulisan orang yang bersahaja. Itu yang buat saya rasa nak cari identiti menulis secara spontan. Terima kasih again bagi pendapat ya

      Delete
  2. Minat..semangat..rajin...
    Yakin boleh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat? Saya sedang mencari semangat utk aktif berblog. Inshaallah saya cuba. terima kasih :)

      Delete
  3. TBH, Mai pun selalu tertekan dgn penulisan sendiri yg skema. Kadang2 baca balik dan adjust bagi tak nampak formal sgt. Sebab Mai sendiri suka baca blog yang santai dari serius.

    Apapun, welcome back! Miss youuuuuu a lot!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmmm actually skema ni ada baiknya juga. Cuma takut orang lain ni pandai macam x de mood nak baca.. So semua pun perlu ada balance. Tak pe mai, kita sama2 masih boleh belajar g..tp mai tu da lama berblog. . So soal pgalaman tentang mesti lebih luaskan.. Hehehe misss you too girl :)

      Delete
  4. hye dear, keep blogging yah. nnt boleh bace carly berceloteh hehehe ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hye girl..mmm rasa lucu pula bila dengar berceloteh tu.hehehe jadi minta2 rajin2lah si carly ni berceloteh dalam blog sebab dia tu memang chipsmore. Kejap ada, kejap tiada.. Anyway tq, i will try :)

      Delete
  5. All the best.. yang penting consistent

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u for da comment.. yesss! consistent.. Itu perlu nak praktik. Tengah usaha..

      Delete
  6. Replies
    1. Inilah masalah paling besar yang selalu berlaku kat saya dulu, malas nak menulis ! tapi saya cuba untuk menjadi rajin. moga2an.heheeh

      Delete
  7. Tulis apasaja, dari hal terkecil, lalu kembangkan di tengah proses menulis hehe...

    Btw, singgah sini... Blog saya: www.giftasblog.co.vu
    Follow my blog, I'll follback you too^^ Thanks XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmmm. mean tulis point2 kecil jak dulu.. then baru tulis penerangan secara detail. okay thank u for da share tips :)

      Delete
  8. love ur new template. it's so simple and clean.

    ReplyDelete
  9. salam. hai awak.

    hmm kalau saya, saya tulis je apa saya nak tulis kekekeekee. saya suka share penglaman and ilmu yang saya dapat lah selalunya.
    bila kita tulis pengalaman yang kita mmg pernah lalui inshaa-Allah tgn pantas je menaip dgn baik since kita dah lalui secara real.

    utk share tentang ilmu plk, better utk share ilmu yg mmg kita dah fahami isi informasi tertentu dgn sedalam-dalam nya. so bila nak share kita boleh taip dgn berkeyakinan.

    kalau utk review something of course kita perlu sudah jadi pengguna sesuatu benda yang nak direview tu, jadi kita boleh review balik benda tu dlm penulisan dgn baik ^^

    hehee itulah dia serbe-sedikit pendapat saya yg dah kecimpung dlm duni blogging since 2012. tp sebab dah pegang komitmen sbgi student, wife and mommy, jadi kurang blogging. T___T

    btw, jemput bace new entry di blog saya and boleh tgl komen juga ^^
    thanks, xoxo.

    http://iamfieonafieridz.blogspot.com/2018/03/detik-kelahiran-bebii-nawrah-part-i.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam juga ...

      Macam ada betulnya. Biasa kita dapat nak menaip secara spontan, bila kita rasa nak bercerita atau share nak pengalaman yang kita da lalui. jadi semua tu akan jadi relax . Itu satu tips yang berguna juga. :D

      Ya, betul kak. sebabkan rasa payah nak explain atau menulis dengan benda yang kita belajar atau baca tapi tak faham dengan baik. So kalo choose untuk jadikan topik post dalam blog kita, memang agak payah tangan nak bergerak. Mana nak fikir apa isi nak tulis, penulisbn tentang ilmu pun jadi tak clear sebab kita x faham.mmm...

      Wahh,, dah lama bergiat berblogging dari since 2012? Lama tu.. Tak apa, saya sangat faham sebab saya pun macam tu jugalah jadi chipsmore blogger. sekarang try hard balik nak bergiat berblog semula.

      Delete
  10. Just be yourself sis.. Kadangkala orang tak pandang pun kalu ayat-ayat dalam entri kita nie berbunga-bunga, asalkan apa yang awak tulis tue, orang lain faham tentang isi dalam entri.. keep it up..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann..yang penting orang faham. Yess saya setuju. Well saya rasa terpulang pada cara masing2 nak menulis dan jadi diri itu penting. Terus terang macam saya ni memang ada masalah skit dalam bab penulisan. kadang2 ada bahasa yang saya tulis tu tunggang terbalik. Maklumlah saya x pro menulis sangat. hihihi.. Inshaallah saya terus belajar. Anyway thank u for da comment ya sis :)

      Delete
  11. Saya pon tengah belajar sekarang.. mohon tunjuk ajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun sedang belajar.. sama2 belajar la hehehe

      Delete